Anda boleh mencari feedback dengan berjual selain daripada menjadi pembeli. Pencarian feedback ialah penting untuk akaun eBay yang digunakan untuk berjual. Sebagai bakal penjual/seller eBay, feedback melambang kreadabiliti dan kepercayaan pelanggan kepada anda. Jadi dalam keghairahan mencari feedback untuk akaun baru , pastikan anda mengikuti petua-petua yang telah terbukti selamat. Jika tidak risiko akaun anda untuk di’suspend’ eBay sangat tinggi. Jom ikuti 7 petua atau pantang larang akaun baru ketika mencari feedback eBay.
1.Elakkan Jual barang Vero.
Jangan jual! Biarpun item confirm sell, eBay sangat sensitif dengan perkara ini. apatah lagi akaun baru.
2.Elakkan menjual barang terkawal/ Controlled.
Berlainan dengan barang Vero,controlled item ada yang tidak berdaftar sebagai Vero member dengan eBay. Namun begitu,pemilik boleh membuat aduan di eBay atau terus kepada penjual. Contohnya seperti authorised seller. Golongan ini tidak akan membenarkan penjual lain menjual barang yang sama.
3. Elakkan USD0.99+ Free shipping
Perkara ini mengundang perhatian eBay. Walaupun ada akaun lain yang lepas,tetapi risiko tetap ada.
4. Elakkan Balasan Feedback terlalu pantas
Elakkan beri feedback terlalu awal samaada anda sebagai pembeli atau penjual. Biarkan ada tempoh masa untuk menunjukkan transaksi ialah logik.
5. Elakkan Jual eBook CD
eBook CD ialah dibenarkan oleh eBay. Namun begitu sangat berisiko untuk akaun eBay baru. 50-70% kemungkinan untuk disuspend.
6. Elakkan Jual produk digital
Perkara ini memang tidak dibenarkan eBay. Produk digital ini meliputi eBook, wallpaper dan sebagainya.
7. Elakkan Jualan Tak logik
Jualan tak logic ialah jual produk yang logik pada kuantiti dan harga, Contoh termudah ialah menjual kertas A4 sehelai dan sebagainya.
Sekian.
Facebook Comments