Modul menjana pendapatan di Internet ada pelbagai pilihan. Namun begitu Kha begitu teruja untuk mendalami bisnes eBay. Berniaga di eBay sama seperti berniaga secara offline, cuma bezanya tapak perniagaan terletak di laman jualan eBay.com
Baiklah mari kita tengok apakah alasan boleh kita jadikan alasan untuk berbisnes di eBay.
1. Anda ialah BOSS
Tidak perlu lagi mendengar leteran bos anda di tempat kerja. Anda sendiri yang menentukan semuanya seperti masa,kewangan, peraturan pakaian, strategi dan sebagainya.
2. SOHO (Small Office Home Office)
Anda boleh bekerja dari rumah! Ya,di rumah anda sendiri. Anda dapat jimatkan kos minyak kereta anda, masa anda ke pejabat dan tak perlu risau terlewat bangun pagi.
3. Networking & Persaingan Sihat
Bisnes eBay juga dapat meluaskan “Networking” dan kenalan anda. Anda akan kenal pelbagai pembeli dari latar belakang yang berbeza. Persaingan sihat dengan seller akan memotivasikan diri untuk terus maju.
4. Tiada had untuk idea baru produk jualan.
Anda bebas mencipta barang jualan anda selagi tidak bertentangan dengan peraturan eBay. Jika niche itu ‘meletup’ dan mendapat keuntungan berganda.
5. Transaksi online semakin popular
Laman eBay sentiasa meningkat keahliannya setiap masa. Sudah tentu semakin ramai yang akan membeli di laman eBay. Cuma 1% dari 1 juta pengguna eBay sahaja sudah cukup memberi pulangan lumayan kepada anda.
6.Ebay lubuk emas & lubuk duit zaman sekarang.
Kuasa beli terbesar ada di laman eBay. Laluan trafik yang banyak membuatkan anda bagaikan berniaga di sebuah pusat beli belah ternama di dunia di mana semua manusia membeli belah di situ. Situlah lubuk duit anda!
7.Modal permulaan yang rendah!
Masalah modal yang sering kita dengar untuk semua yang ingin memulakan perniagaan. Percayalah eBay merupakan bisnes yang tak perlu modal besar. Tetapi anda boleh dapat pendapatan beribu-ribu..percayalah!
Facebook Comments