AMD Ryzen sememangnya sangat dinantikan oleh peminat Team Merah. Lebih penting keupayaan AMD Ryzen dikatakan mampu mencabar keupayaan unit pemproses terbaru dari Intel Kaby Lake dari segi kos dan prestasi.
Menariknya, khabar angin terbaru menyatakan bahawa AMD Ryzen bakal dilancarkan pada atau sebelum 3 Mac 2017. Pelancaran ini dikatakan bakal dilakukan pada acara tahunan Game Developer Conference (GDC) yang berlansung pada 27 February hingga 3 Mac. Untuk menguatkan lagi khabar angin ini, berikut ialah ayat pada sesi pembentangan oleh pihak AMD pada acara tersebut:
“Join AMD Game Engineering team members for an introduction to the AMD Ryzen CPU followed by advanced optimization topics”
AMD Ryzen menggunakan soket terbaru AMD4, serta menyokong DDR4, TDP yang lebih rendah, dijangkakan dijual dalam harga lebih murah. Jadi #PCMasterRace adakah anda akan memilih dan menunggu Unit Pemprosesan Utama dari AMD ini untuk tambah baik sistem permainan komputer anda?
Facebook Comments