Memulakan bisnes di eBay bukanlah sesusah yang disangka.Cuma apabila kita tiada panduan dan bimbingan,menyebabkan diri kita serba tak yakin dan takut untuk terlibat dengan bisnes di portal eBay.Baiklah kali ini,KHA anggap pembaca entri ini ingin memulakan bisnes eBay & tahu sedikit tentang apa itu laman beli-belah maya eBay.Seterusnya,KHA anggap anda berminat menjadi SELLER di eBay!
Sebenarnya ada tiga perkara sahaja yang anda perlu ada sebelum mula berbisnes di eBay.Secara ringkasnya tiga perkara itu ialah
- Ilmu
- Duit
- Semangat
Mari kita mula berbicara lebih detail tentang tiga perkara ini.
1.ILMU
Laman jual beli belah eBay mempunyai banyak perkara yang anda perlu pelajari.Bukan terlalu susah untuk pelajari semuanya.Oleh itu sumber anda untuk mendapat ILMU ialah melalui 2 cara yang utama,MEMBACA & PERSONAL COACHING(PC) dari sifu-sifu eBay.
Membaca merupakan cara yang lebih jimat & percuma untuk pelajari ILMU eBay.Paling KHA cadangkan ialah dapatkan eBook Sifu-Lan iaitu Panduan Teknik Rahsia eBay!Anda perlu keluarkan duit sedikit untuk membeli buku itu,tetapi hasilnya sangat bernilai.Seterusnya anda boleh sertai forum di WangCyber dan baca thread berkenaan eBay di sana!Seterusnya anda boleh membca blog-blog seperti blog Matzis,serta blog OHDUIT ini!
Seterusnya ialah melaui PC.Anda boleh cuba sertai PC daripada sifu-sifu eBay seperti Noorizam Shah,Sifu-Lan,dan sebagainya.Anda mungkin perlu bayar lebih untuk PC,tetapi ILMU hasilnya adalah sangat bernilai.Malah anda akan dapat tips secara langsung dari sifu-sifu eBay.
2.DUIT
Perkara seterusnya ialah duit.Duit anda perlukan untuk modal bisnes eBay anda.Tetapi yang pasti anda tak perlukan modal beribu-ribu,malah berpuluh-puluh ribu untuk mula bisnes di eBay di tahap permulaan.Cukup modal untuk anda buat Debit Card/Credit card serta modal untuk listing(iklankan) barang sahaja.
Berbicara tentang Debit Card,sekarang ini sudah semakin banyak debit card yang oleh anda guna untuk PayPal & eBay.Berikut ialah short-list kad tersebut
- Public Bank Pay2Day
- Public Bank Visa Electron
- Maybank Visa Debit
- Tune Card
Ada lagi kad-kad lain,tetapi yang Kha listkan tadi ialah yang most common untuk anda guna.
Secara ringkasnya,tanpa DUIT mustahil anda nak buat DUIT..
3.SEMANGAT
Perkara ini paling penting sekali.Jika serius nak berbisnes,jangan buat separuh-separuh sahaja,atau peribahasa melayu menyebutkan ‘Hangat-hangat Tahi Ayam’ sahaja.Bisnes pasti ada untung rugi.Jika anda menghadapi kerugian anggap itu sebagai cabaran dalam bisnes.Pasti ada hikmahnya!
Serta paling penting sekali berbisnes perlu dengan HIKMAH.Jika berbisnes dengan berHIKMAH anda pasti mendapat balasan yang baik didunia & akhirat kelak.Jangan tak bayar fee,jangan dengki,jangan jadi penjual yang dapat duit terus hilangkan diri,jangan menipu pembeli dan sebagainya.
Jadi anda anda telah bersedia untuk memulakan bisnes di eBay?
Related posts:






