
Bertemu kembali,dikala menulis ini Kha masih lagi dalam kesibukan kuliah.Baru sahaja balik daripada kelas Engineering Skill,memang letih gila lah & mlm pula bakal ada kelas..
.
Baiklah berbalik kepada tajuk entri kali iaitu berkenaan dengan strategi harga item julan di eBay.Baiklah,secara asasnya dan umumnya,penjual ebay sering menggunakan tiga kombinasi berbeza untuk menentukan harga barang jualan(jualan format auction).Apa yang Kha maksudkan sini ialah, manipulasi harga barang itu sendiri dengan harga kos penghantaran.
Tiga kombinasi yang saya maksudkan ialah seperti berikut
1.Menaikkan harga barang,manakala harga kos penghantaran ialah percuma
Strategi ini sebenarnya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri keapada pembeli.Apabila penjual menawarkan penghantaran percuma,perkataan Free Shipping akan tertera pada item jualan anda.Jadi item jalan anda akan nampak ada kelainan.Jadi kebarangkalian untuk pembeli melihat item jualan anda adalah lebih tinggi.
2.Menurunkan harga barang lebih murah daripada kos penghantaran.
Strategi ini juga merupakan antara pilihan penjual.Kadang-kadang teknik ini umpama tipu muslihat sedikit kepada pembeli.Hal ini kerana,apabila pembeli melihat harga barang sangat murah,mereka akan mudah tertarik untuk membeli barang tersebut.Kadang-kadang mereka terlupa untuk melihat kos penghantaran dan terus membida.Strategi ini menguntungkan dari segi itu,tetapi apabila pembeli meminta untuk membuat combine shipping,kerugian juga boleh berlaku.Jadi,pandai-pandailah membuat pilihan.
3.Harga barang dan penghantaran yang seimbang.
Teknik ini pun sesuai bagi penjual yang mahu mengambil profit daripada kos penghantaran tetapi tidak mahu rugi apabila pembeli meminta combine shipping.Jadi profit dapat dioptimakan sepenenuhnya.
Jadi tuntasnya,apakah strategi jualan anda?
Pendapat Kha,baik cuba buat semua cara di atas untuk semua barang jualan anda..dan lihat sendiri manakah yang terbaik untuk niche jualan anda..
Sekian..
Related posts:






ya benar, saya menggunakan ketiga2 cara diatas.
[Reply]
enkha Reply:
August 10th, 2009 at 4:13 PM
Perbanyakkan experimentasi hehe
[Reply]
harga rendah, shipping naikkan.. huhu.. kalau nak combined boleh je.. tapi shipping cost tetap bayar la..
[Reply]
enkha Reply:
December 10th, 2009 at 11:06 AM
kalau harga direndahkan & shipping mahal,memang tak boleh ambil combine shipping(combine shipping maknanya,buyer beli banyak-banyak item dari seller,tetapi bayar shipping cost sekali untuk semua barang2 itu.)
[Reply]