Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia BSHR merupakan bantuan kewangan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan yang mengantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). BSHR masih mensasarkan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan berkelayakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Jumlah Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) adalah sama dengan jumlah pembayaran BR1M, dimana pembayaran Fasa 2 dibuat pada 6 Jun 2018 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion kepada penerima hampir 4.1 juta. Pembayaran untuk BSHR Fasa 3 dijangka akan dilakukan pada Ogos 2018 ini, dengan jumlah yang sama.
Jadual Tarikh Pembayaran BSHR 2018
Pembayaran untuk BSHR adalah dibuat mengikut kategori penerima dan setiap kategori mempunyai jadual pembayaran masing masing. Berikut ialah jadual tarikh pembayaran BSHR untuk tahun 2018:
Penerima BSHR Kategori 1
Penerima BSHR Kategori 1 ialah individu yang berpendapatan bawah RM2000:
- Jumlah bantuan BSHR: RM450
- Fasa Bayaran: Dibayar sekaligus
- Tarikh bayaran: 26 Februari 2018
Penerima BSHR Kategori 2
Penerima BSHR Kategori 2 ialah isi rumah yang berpendapatan RM3001 sehingga RM4000:
- Jumlah bantuan BSHR: RM900
- Fasa Bayaran: 3 Fasa dibayar RM300 setiap fasa
- Tarikh bayaran:
- Fasa 1: 26 Februari 2018
- Fasa 2: 6 Jun 2018
- Fasa 3: Ogos 2018
Penerima BSHR Kategori 3
Penerima BSHR Kategori 3 ialah isi rumah yang berpendapatan bawah RM3000
- Jumlah bantuan BSHR: RM1200
- Fasa Bayaran: 3 Fasa dibayar RM400 setiap fasa
- Tarikh bayaran:
- Fasa 1: 26 Februari 2018
- Fasa 2: 6 Jun 2018
- Fasa 3: Ogos 2018
**Makluman berkaitan tarikh bayaran dirujuk kepada laman rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia di pautan: https://bsh.hasil.gov.my
Untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan dan permohonan baru, cara kemas kini BSHR dan pertanyaan bolehlah melayari laman web tersebut.
Bantuan yang diterima akan terus dimasukkan ke akaun penerima BSHR berdasarkan no akaun yang didaftarkan. Untuk yang tidak mempunyai no akaun bank, surat kelulusan akan dipos ke alamat penerima bantuan dan Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia boleh ditunaikan di mana-mana Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.
Facebook Comments