Berita

Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia BSHR

Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia BSHR merupakan bantuan kewangan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan yang mengantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). BSHR masih mensasarkan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan berkelayakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Jumlah Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) adalah sama dengan jumlah pembayaran BR1M, dimana pembayaran  Fasa 2 dibuat pada 6 Jun 2018 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion kepada penerima hampir 4.1 juta.  Pembayaran untuk BSHR Fasa 3 dijangka akan dilakukan pada Ogos 2018 ini, dengan jumlah yang sama.

Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia BSHR

Jadual Tarikh Pembayaran BSHR 2018

Pembayaran untuk BSHR adalah dibuat mengikut kategori penerima dan setiap kategori mempunyai jadual pembayaran masing masing. Berikut ialah jadual tarikh pembayaran BSHR untuk tahun 2018:

Penerima BSHR Kategori 1

Penerima BSHR Kategori 1 ialah individu yang berpendapatan bawah RM2000:

  • Jumlah  bantuan BSHR: RM450
  • Fasa Bayaran: Dibayar sekaligus
  • Tarikh bayaran: 26 Februari 2018

Penerima BSHR Kategori 2

Penerima BSHR Kategori 2 ialah isi rumah yang berpendapatan RM3001 sehingga RM4000:

  • Jumlah  bantuan BSHR: RM900
  • Fasa Bayaran: 3 Fasa dibayar RM300 setiap fasa
  • Tarikh bayaran:
    • Fasa 1: 26 Februari 2018
    • Fasa 2: 6 Jun 2018
    • Fasa 3: Ogos 2018

Penerima BSHR Kategori 3

Penerima BSHR Kategori 3 ialah isi rumah yang berpendapatan bawah RM3000 

  • Jumlah  bantuan BSHR: RM1200
  • Fasa Bayaran: 3 Fasa dibayar RM400 setiap fasa
  • Tarikh bayaran:
    • Fasa 1: 26 Februari 2018
    • Fasa 2: 6 Jun 2018
    • Fasa 3: Ogos 2018

**Makluman berkaitan tarikh bayaran dirujuk kepada laman rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia di pautan: https://bsh.hasil.gov.my
Untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan dan permohonan baru, cara kemas kini BSHR  dan pertanyaan bolehlah melayari laman web tersebut.

Bantuan yang diterima akan terus dimasukkan ke akaun penerima BSHR berdasarkan no akaun yang didaftarkan. Untuk yang tidak mempunyai no akaun bank, surat kelulusan akan dipos ke alamat penerima bantuan dan  Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia  boleh ditunaikan di mana-mana Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.

 

Khirol Hazwan

Khirol Hazwan bin Affendi ialah pengasas dan penulis di ohduit.com.

Leave a Comment
Share
Published by
Khirol Hazwan

Recent Posts

Invest Ergo ERG in 2024?

The worthiness of an investment in ERG or any other cryptocurrency is subject to various…

5 months ago

T-Rex Miner Unlock GPU LHR 70% Hashrate

Kemaskini terbaru T-Rex Miner versi 0.22.0 kini menawarkan mod unlock kad versi LHR. Dengan kemaskini…

3 years ago

Conflux CFX Naik Lebih 140% Dalam Sehari

Conflux (CFX) ialah Defi ekosistem kedepan yang melangkaui sempadan, dengan kebolehan kolaberasi pelbagai rangkaian "blockchain"…

3 years ago

Hasil Pelaburan Kriptowang

Kriptowang ni ada beberapa perkara yang orang fikir, boleh untung ke, atau tidak. Seperti mana…

3 years ago

Cara Mining Kriptowang Ergo (ERG) di PC Gaming

Ergo (ERG) ialah salah satu projek Proof OF Work (POW) yang berpotensi untuk menggantikan Ethereum…

3 years ago

Jargon Kriptowang Yang Perlu Anda Tahu

Mula menceburi pelaburan kriptowang, antara perkara terawal anda perlu belajar ialah Jargon ataupun Istilah yang…

3 years ago

This website uses cookies.