Categories: Bisnes Online

Bisnes Online Baru di Malaysia?

Bisnes atau bahasa lainnya berniaga sememangnya tidak asing lagi dalam kotak fikiran Kha.Sejak bangku sekolah lagi,Kha selalu becakap-cakap serta siap berangan-angan sekali untuk membuat bisnes.Rakyat semakin hari semakin sedar akan potensi bisnes apatah lagi keadaan ekonomi yang tak menentu dewasa ini,bekerja makan gaji bukan pilihan yang terbaik.Ramai yang berminat nak buat bisnes,serta ramai itulah juga yang hanya sekadar impian sahaja.Sering kali Kha dengar masalah wang modal,walaupun kalau diikutkan banyak bank yang sekarang ini menyediakan  khidmat pinjaman wang.Hanya tepuk dada,tanya selera,kalau nak seribu daya,tak nak seribu dalih.

Salah satu punca lagi dalam pandangan Kha,kenapa bangsa Melayu kurang mampu untuk bersaing dalam perniagaan dengan bangsa lain ialah kerana budaya suka tengok dan lihat.Apa orang buat,itulah yang dibuat.Tidak ramai yang membuat sesuatu yang baru, orang kata revolusi ataupun tranformasi.Malah bidang perniagaan online atau keusahawanan internet merupakan satu bidang baru di Malaysia.Syukurlah,kini sudah ramai yang mula sedar akan potensi perniagaan ini.Bagaimanapun sejauh manakah penerimaan rakyat Malaysia secara totalnya?

Seperti Kha sendiri awal tahun ini (2009) barulah Kha tahu dan sedar akan potensi perniagaan di internet.Pada pendapat Kha punca utama perniagaan online belum mendapat perhatian masyarakat ialah tiadanya kemudahan internet.Hal ini kerana bukan semua tempat di negara ini yang ada akses internetnya,bahkan mungkin ada yang tak tahu apa itu internet.Kha sendiri yang berasal dari kawasan yang agak pendalaman di Sarawak tahu hal ini sememangnya berlaku.Namun begitu,Kha yakin bilangan pengguna internet semakin bertambah dari hari ke sehari dan bukannya berkurangan.Hanya masa yang menentukan bila masanya perniagaan online akan masuk ke arus perdana perniagaan dan semua orang mula bercakap mengenainya.Kha sedar akan peluang besar yang terbuka di internet.Malah,dengan modal untuk perniagaan internet yang rendah meyebabkan perniagaan online ini logik dan pasti dapat dilaksanakan.

Sedihnya,ramai newbie usahawan internet,lupa diri,berniaga di internet bukannya semudah ABC dan akibatnya dikatakan 94% gagal pada tahun pertama(Sumber:MajalahIM:Perniagaan Internet & Rakyat Malyasia:Isu 1).Kita tak akan pandai jika tak belajar.Ilmu berniaga di internet juga perlu dipelajari.Perlulah banyak membaca buku,artikel atau mana-mana informasi mengenai perniagaan internet  serta mempraktikkan teknik yang dipelajari.Sebaiknya berguru terus dengan ikon-ikon Usahawan Internet yang sedia ada melalui seminar dan bengkel yang diadakan.Jangan takut untuk membelanjakan duit ke arah yang membawa kebaikkan kepada diri.Bak kata orang ilmu itu kita boleh bawa sampai mati.Gagal pada awal-awal seharusnya jangan dijadikan alasan untuk mengalah bahkan jadikan perkara itu  motivasi dan pengajaran.Dengan lengkapnya ilmu didada barulah perniagaan online itu akan mampu untuk terus bergerak ke hadapan.

Namun yang baru pasti akan menjadi lama.Rakyat Malaysia sedar akan perkara ini nanti,perniagaan internet bukannya sekadar penuh dengan penipuan dan fantasi kosong sahaja.Ikon Usahawan Internet seperti Dr. Irfan Khairi yang membawa imej Jutawan Internet sepatutnya mampu membuka lembaran baru dalam minda masyarakat Malaysia.Kha mengharapkan rakyat Malaysia percaya dan yakin akan potensi keusahawanan internet.

Khirol Hazwan

Khirol Hazwan bin Affendi ialah pengasas dan penulis di ohduit.com.

Leave a Comment

View Comments

Share
Published by
Khirol Hazwan

Recent Posts

Invest Ergo ERG in 2024?

The worthiness of an investment in ERG or any other cryptocurrency is subject to various…

5 months ago

T-Rex Miner Unlock GPU LHR 70% Hashrate

Kemaskini terbaru T-Rex Miner versi 0.22.0 kini menawarkan mod unlock kad versi LHR. Dengan kemaskini…

3 years ago

Conflux CFX Naik Lebih 140% Dalam Sehari

Conflux (CFX) ialah Defi ekosistem kedepan yang melangkaui sempadan, dengan kebolehan kolaberasi pelbagai rangkaian "blockchain"…

3 years ago

Hasil Pelaburan Kriptowang

Kriptowang ni ada beberapa perkara yang orang fikir, boleh untung ke, atau tidak. Seperti mana…

3 years ago

Cara Mining Kriptowang Ergo (ERG) di PC Gaming

Ergo (ERG) ialah salah satu projek Proof OF Work (POW) yang berpotensi untuk menggantikan Ethereum…

3 years ago

Jargon Kriptowang Yang Perlu Anda Tahu

Mula menceburi pelaburan kriptowang, antara perkara terawal anda perlu belajar ialah Jargon ataupun Istilah yang…

3 years ago

This website uses cookies.