Categories: Nota Blog

Blog Terbaik Malaysia

Semakin ramai rakyat Malaysia sudah mula menulis blog sebagai  medium untuk menyampaikan maklumat, luahan hati serta menjana pendapatan internet melalui blog. Semakin hari semakin banyak blog berkualiti muncul di internet, mengejar popularity untuk menjadi blog terbaik Malaysia. Namun begitu apakah yang diperlukan untuk menjadi salah satu blog terbaik Malaysia?

Blog terbaik Malaysia orang baca pun sampai bersinar-sinar screen.. Sekadar gambar hiasa 🙂

Blog Terbaik Malaysia Kontent & Penulisan Berkualiti

Untuk menjadi salah satu blog terbaik Malaysia, content blog haruslah berkualiti. Berkualiti yang dimaksudkan ialah, content blog yang original serta berinformasi kepada pembaca.

Pembaca melayari sesuatu laman blog untuk membaca maklumat yang diigini, bukannya membaca maklumat yang pernah dibaca sebelum ini. Jangan buat pembaca blog  anda  rasa “ Eh, macam pernah baca sahaja ni”.

Blog terbaik Malaysia biasanya mempunyai content mengikut niche blog. Ada pendapat mengatakan, blog yang ditulis mengikut  niche atau topic tertentu akan lebih mudah untuk maju. Jadi jika nak jadi blog terbaik jangan buat ‘rojak’ isi kandungan blog anda!

Kontent yang berkualiti juga  harus kaya dengan  pelbagai media seperti gambar dan video. Barulah pembaca seronok membaca dan barulah boleh menjadi blog terbaik Malaysia!

Penulisan berkualiti pula bergantung kepada genre blog anda. Tetapi jika anda perasan beberapa  blog , semuanya menggunakan gaya penulisan yang mengikut tatabahasa yang betul.  Jangan tulis guna perkataan yang susah pembaca nak faham.

Jika anda ada style atau gaya penulisan tersendiri, anda boleh teruskan! Apa yang penting, pembaca blog anda boleh terima gaya penulisan blog anda.

Blog Terbaik Malaysia Guna Bahasa Melayu atau English?

Keliru nak tulis hahasa apa?

Duduk kat Malaysia ni untung sebab rakyatnya boleh faham pelbagai bahasa. Jadi jika merancang nak jadikan blog anda blog terbaik, penulisan boleh dalam bahasa Melayu dan English. Jika target Malaysia sahaja, boleh limitkan kepada bahasa Melayu sahaja. Namun jika inginkan traffic satu dunia, boleh guna bahasa English.

Blog Terbaik Malaysia Pentingkan Elemen SEO & Social Media

Blog terbaik Malaysia kena memastikan ciri SEO blog dimasukkan dalam elemen blog. SEO penting untuk mendapatkan trafik organic dari engine carian. Pasti satu kerugian jika elemen SEO ini disingkirkan dalam ciri blog terbaik Malaysia.

Social media juga memberikan pengaruh terhadap sesuatu jenama blog. Semua blog terbaik Malaysia menjadikan social media sebagai medium untuk memastikan pembaca blog sentiasa mengikut perkembangan terbaru blog anda.

Kesimpulan Saya tentang Blog Terbaik Malaysia

Anda semua yang menulis blog layak menjadi “Blog Terbaik Malaysia”. Apa yang penting berbloglah secara baik dan carilah kawan sebanyak yang boleh dalam arena blog ini.

Khirol Hazwan

Khirol Hazwan bin Affendi ialah pengasas dan penulis di ohduit.com.

Leave a Comment

View Comments

Share
Published by
Khirol Hazwan

Recent Posts

Invest Ergo ERG in 2024?

The worthiness of an investment in ERG or any other cryptocurrency is subject to various…

5 months ago

T-Rex Miner Unlock GPU LHR 70% Hashrate

Kemaskini terbaru T-Rex Miner versi 0.22.0 kini menawarkan mod unlock kad versi LHR. Dengan kemaskini…

3 years ago

Conflux CFX Naik Lebih 140% Dalam Sehari

Conflux (CFX) ialah Defi ekosistem kedepan yang melangkaui sempadan, dengan kebolehan kolaberasi pelbagai rangkaian "blockchain"…

3 years ago

Hasil Pelaburan Kriptowang

Kriptowang ni ada beberapa perkara yang orang fikir, boleh untung ke, atau tidak. Seperti mana…

3 years ago

Cara Mining Kriptowang Ergo (ERG) di PC Gaming

Ergo (ERG) ialah salah satu projek Proof OF Work (POW) yang berpotensi untuk menggantikan Ethereum…

3 years ago

Jargon Kriptowang Yang Perlu Anda Tahu

Mula menceburi pelaburan kriptowang, antara perkara terawal anda perlu belajar ialah Jargon ataupun Istilah yang…

3 years ago

This website uses cookies.