Bonus Raya Bersama Pakatan Harapan untuk Penjawat Awam mungkin akan diumumkan oleh Perdana Menteri. Perkara ini telah pun diusulkan oleh Menteri Kewangan Malaysia.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan bantuan bonus raya Bersama tersebut bagi membantu penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pada masa yang sama, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memberi bantuan bonus Aidilfitri kepada semua penjawat awam di setiap peringkat bukan hanya sekadar penjawat awam yang bergaji rendah sahaja.
Bonus Raya Bersama Pakatan Harapan 2018
Sewaktu pembentangan Bajet 2018, pada 27 Oktober tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, penjawat awam akan menerima bayaran khas berjumlah RM1,500, di mana bayaran itu disalurkan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari lalu dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri 2018.
Pada tahun lalu 2017, Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017 telahpun diberikan.
Namun begitu, perubahan kerajaan telah berlaku pada tahun ini. Jadi semua penjawat awam mengharapkan bonus raya bersama akan dikekalan pada jumlah RM500 oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Update 30/5/2018: Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah umumkan saguhati Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 41 dan ke bawah ialah RM400 serta bagi pesara RM200
Facebook Comments