Buah Kristal uniknya perlu diketuk untuk memakan isinya. Jangan berasa pelik jika orang mengetuk buah ini di meja semasa memakannya kerana kulit buah Kristal yang keras. Walaupun keras kulitnya, namun bentuk isinya seperti buah longan, laici atau mata kucing. Namun saiz isinya lebih besar, dan manis. Memang layak dan padan dengan nama kristal!
Penanaman Buah Kristal
Buah Kristal mudah untuk ditanam dan dapat dituai hasilnya dalam 2-3 tahun. Penjagaan penanaman pokok buah kristal juga sangat mudah dan apa yang penting pembajaan yang baik.
Penanaman pokok buah Kristal hanya melalui bijinya. Jadi jika anda berminat untuk menanam sendiri buah kristal, semai bijinya selepas anda makan isinya. Ada dua jenis buah kristal, yang berwarna iaitu mempunyai kulit berwarna ungu dengan isi yang lebih tebal dan satu lagi berwarna hijau dengan isi yang lebih manis.
Harga Buah Kristal
Buah kristal boleh didapati dengan harga sekitar RM12 sekilogram. Kebiasannya penulis akan habiskan sorang sahaja sekilo, jadi digalakan beli lebih sebab sekali rasa pasti nak lagi.
Teknik Makan Buah Kristal
Cara paling mudah ialah melagakan buah kristal dengan mana-mana benda yang keras seperti meja. Namun begitu, anda boleh juga teknik mengenggam 2 biji buah kristal ke dalam tapak tangan dan lagakan kedua-dua biji buah tersebut. Salah satu pasti kulitya akan retak dan anda dapat makan isinya.
Xplorasi Destinasi says
Uniknya buah kristal ni. Baru pertama kali dengar tentang buah ni. Buah ni cuma ada dijual di Sarawak sahaja ke?
Xplorasi Destinasi recently posted…Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018