Bisnes online tanpa sebarang perlukan sebarang modal permulaan, bisnes online tersebut boleh dimulai oleh sesiapa sahaja. Namun begitu, bisnes online tanpa modal ringgit ini akan memerlukan modal dalam bentuk lain iaitu, ilmu, kerajinan, kajian dan usaha yang tidak kenal erti putus asa.
Bezanya bisnes online dengan cari duit secara online ialah, bisnes online akan berlakunya transaksi jual beli. Jual beli tersebut mungkin melibatkan produk sama ada dalam bentuk fizikal ataupun produk digital.
Bisnes Online Sistem Dropship
Bisnes online menggunakan konsep dimana stok barang tidak dipegang oleh penjual. Semua urusan penghantararan barang akan dibuat oleh vendor. Bisnes cara ini tidak perlukan modal kerana anda gunakan leverage duit customer anda untuk dapatkan profit. Banyak website yang menawarkan program dropship secara percuma, contohnya seperti dx.com
Pelbagai pilihan produk ditawarkan, anda perlu berusaha dari segi kajian pasaran apakah produk yang mendapat sambutan pelanggan tetapi masih memberikan profit jika dijualdi laman jualan lain seperti eBay.
Selain itu, anda boleh gunakan platform pemasaran lain seperti laman social media dan blog.
Bisnes Online Produk Digital
Anda boleh jual produk digital anda. Produk digital termudah ialah jualan Buku Digital(Ebook). Selain itu, banyak lagi produk digital lain yang anda boleh jual. Contohnya webinar panduan, video panduan, domain & blog, serta servis-servis pemasaran seperti servis SEO dan sebagainya.
Untuk anda mampu menjual produk digital, key requirement ialah anda punya ilmu terhadap sesuatu perkara yang orang lain nak. Sebab itulah banyak produk digital berbentuk panduan, teknik rahsia, set soalan ujian temuduga dan sebagainya.
Facebook Comments