Kagum! Itu saja saya boleh katakan tentang pelajar yang mampu dan mahu cari duit sendiri di masa masih belajar. Boleh dikatakan hampir semua akan ambil pinjaman PTPTN. Namun begitu 100% Kha pasti tak akan cukup untuk belanja. Tak kan nak makan meggie setiap hari kan? Tambahan pula buat pelajar yang jauh dan perlu guna kapal terbang untuk balik. Belanja banyak habis di situ!
Ada beberapa jenis orang yang cari duit semasa belajar yang Kha pernah jumpa. Kategori pertama ialah yang betul-betul rajin. Betul-betul rajin buat bisnes offline seperti berniaga di Student Mall or sendiri-sendiri. Betul-betul kagum dengan golongan kategori ini sebab sanggup habiskan masa terluang ke arah bisnes & cari duit sendiri dari situ.
Golongan seterusnya ialah golongan yang cari duit senyap-senyap. Kategori mereka ini ialah IM,eBayer, & blogger-blogger hebat! Golongan ini hanya duduk depan komputer sahaja buat kerja. Macam Kha sendiri. Buat bisnes online & berjual di eBay. Senyap-senyap ja dapat duit! hehe
Golongan MLM ialah salah satu lagi kategori pelajar yang cari duit waktu belajar. Kha antara suka dan tak suka golongan ini. Suka sebab mereka berani dan yakin berdepan dengan orang ramai untuk cari ajen baru. Tak suka sebab prinsip MLM itu sendiri memang perlukan penipuan & helah untuk tarik ahli baru. Satu lagi kalau guna platform online macam Facebook nak SPAM je keja..
Keseluruhannya, Kha memang kagum dengan pelajar yang pandai cari duit sendiri waktu masih belajar. Senang hari parent dan tak menyusahkan mereka. Tapi study jangan leka k!
ohcikgu says
betul. study tu jangan dilupakan plak..
ohcikgu recently posted…Download Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) – Download borang bantuan RM500 Online
ohduit says
Betul 🙂
Main Saham says
Buat MLM tu kurang suka sikit