Pernahkah anda mendengar permainan Catur Bistari? Catur Bistari merupakan saru board game yang mempunyai unsur-unsur bisnes dalam permainan tersebut.Dalam masyarakat kita,permainan ini hampir menyerupai permainan Jutaria, Saidina, Cash Flow dan seangkatan dengannya.Entri kali ini,Kha nak menceritakan pengalaman Kha menyertai Pertandingan Catur Bistari di UUM Kedah,Malaysia.
Secara rumusannya, kumpulan Kha (Team Unimap 2) hanya mendapat naib johan.Namun begitu perbezaan aset antara johan dan Team Kha hanyalah berjumlah lebih kurang sejuta ringgit sahaja.Namun begitu untuk kategori Aset Individu Tertinggi,ahli kumpulan Kha telah berjaya memenangi kategori tersebut dengan jumlah aset RM27 juta.
Persediaan untuk pertandingan hanyalah dibuat malam sbelum pertandingan.Agak last minute juga lah 🙂 .Tetapi apa yang penting hanyalah membincangkan strategi permainan.Pelbagai strategi telah dirangka termasuk strategi pinjaman bank,serta strategi black hat :p .Hehehe.
Time pertandingan pula,berlaku sedikit kekeliruan kerana kami tidak menyangka kategori mata amal juga dipertandingankan.Akhirnya,team Kha memutuskan untuk tidak menitik beratkan mata amal,dan terus keapada nilai aset sahaja.
Keputusan Pertandingan Catur Bistari
Akhirnya,permaianan tamat,dan pemenang diumumkan.Kha pada mulanya tidak menyangka untuk membawa pulang apa-apa hadiah.Akhirnya,dapat juga Naib Johan setelah dikalahkan dengan klebihan aset sejuta oleh kumpulan EON dari UUM.Hadiah-hadiah pada hari itu juga agak lumayan.Hehehe.
Tahniah buat yang menang,dan Kha mengharapkan untuk menyertai Pertandingan Catur Bistari peringkat kebangsaan yang menjanjikan lebih banyak hadiah lumayan!
makeyouhappylife says
tahniah, saya percaya anda, bukan senang catur bistari tu, dapat no 2 tu dah kira hebat, tentu rasa seronok dan teruja kan dapat menjalankan 3 senario yang berbeza dari makan gaji ke perniagaan rm30.000 hingga ke perniagaan rm1 juta, jadi lepas ni adalah idea untuk berniaga ye tak, tak lah fikir nak makan gaji ajer ye tak, anda memang hebat.
enkha says
Best main catur bistari..hehe
issam says
x sabarnye nk msk pertandingan catur bistari peringkat daerah johor ahad minggu depan….. 🙂 🙂 🙂
Jash says
Wahh hebatnya… apa tips2 untuk dapat 27mil macam anda buat tu?