Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan pendeposit sebanyak lima peratus dan tambahan Bonus Haji sebanyak tiga peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan pembayaran deposit TH bagi tahun kewangan 2015 di sini, sebentar tadi.
Yang hadir sama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.
Jamil Khir berkata, pembayaran kedua-dua bonus itu berjumlah RM3.236 bilion, berbanding RM3.237 bilion pada tahun 2014.
“Jumlah ini akan dimanfaatkan oleh hampir 8.85 juta akaun pendeposit TH yang aktif. Keuntungan bersih selepas zakat TH mencecah RM3.53 bilion berbanding RM2.98 bilion pada 2014 atau peningkatan sebanyak 19 peratus.
“Ia adalah pendapatan dan keuntungan tertinggi sejak 52 tahun TH beroperasi,” katanya.
sumber: Berita Harian
Hasyim says
Memang berbaloi juga untuk simpan wang di Tabung Haji. Keuntungan buat setiap tahun adalah lebih baik berbanding dengan simpan dalam bank.