Categories: Pendapatan Internet

Jana Pendapatan Internet Dari Kontest SEO

Menjana pendapatan internet daripada kontest SEO merupakan salah satu cara buat duit dengan blog. Paling penting ialah tiada bayaran untuk penyertaan peraduan seperti ini, dan kebiasaannya hadiah yang ditawarkan oleh penganjur juga agak menarik. Malah menyertai kontest SEO blog sekaligus dapat memasarkan serta memperkenalkan lagi blog di mata blogger lain, sekaligus dapat menjana pendapatan internet secara tidak langsung.

Saguhati Kontest SEO Usahawan Kecil

Kontest SEO usahawan kecil merupakan kontest pertama yang disertai oleh blog Oh! Duit. Matlamat awal penyertaan ialah untuk uji kemampuan blog ini untuk bersaing melalui SEO dengan blog-blog lain. Akhirnya, blog ini berjaya mendapat hadiah saguhati.

Hanya satu artikel ditulis untuk peraduan tersebut dengan kerja-kerja membina backlink secara malas. Saya katakan secara malas sebab hanya satu artikel ditulis dan sumber backlink hanyalah melalui ‘anchor’ text pada footer dan sitebar rangkaian blog sendiri.

Kontest yang mempui dua kata-kunci iaitu “usahawan kecil” dan “tip-tip usahawan” juga mengelirukan. Sebab mempunyai dua kata-kunci, jadi blog ini hanya fokuskan pada katakunci “usahawan kecil“.

Terima Kasih Penganjur Pertandingan 🙂

Keputusan Kontest SEO Tak Sama?

Satu kisah yang menarik berlaku semasa peraduan SEO baru-baru ialah percanggahan keputusan antara peserta dan penganjur. Percangahan pendapat berlaku apabila keputusan pertandingan tidak sama antara peserta dan penganjur. Oleh itu, saya cadangkan beberapa idea baru untuk mengadili pertandingan.

Semua wakil peserta  yang berada di halaman depan carian akan menyediakan screenshoot ranking. Kemudian pihak penganjur juga menyediakan screenshoot carian. Kesemua screenshoot carian ini akan dikumpulkan, dibandingkan, dan didedahkan kepada semua. Jadi majoriti yang mendapat keputusan carian yang sama akan diumumkan secara pemenang.

Jana Pendapatan Internet Sertai Contest SEO

Pada pendapat peribadi saya, kelebihan utama menyertai atau mengajurkan peraduan SEO ialah untuk ‘branding’ dan  pemasaran blog. Inilah satu-satunya cara untuk memperkenalkan serta berkenalan dengan blogger-blogger lain. Apatah lagi jika memenangi peraduan SEO,bukan sahaja  anda akan dapat jana pendapatan internet melalui hadiah, malah semakin dikenali serta mendapat limpahan trafik dan backlink.

Khirol Hazwan

Khirol Hazwan bin Affendi ialah pengasas dan penulis di ohduit.com.

Leave a Comment

View Comments

  • Saya sangat setuju dengan komen anda dalam menganjur contest SEO. Bolehlah bro terapkan dalam contest anjuran ohduit.com iaitu Malaysia Best Blog 2015. Semoga berjaya dalam anjuran contest anda.

  • Apa yg saya dapat, Melalui contest SEO adalah peluang terbaik untuk mengetengahkan blog untuk lebih dikenali dikalangan komuniti blogger di Malaysia.

Share
Published by
Khirol Hazwan

Recent Posts

Invest Ergo ERG in 2024?

The worthiness of an investment in ERG or any other cryptocurrency is subject to various…

5 months ago

T-Rex Miner Unlock GPU LHR 70% Hashrate

Kemaskini terbaru T-Rex Miner versi 0.22.0 kini menawarkan mod unlock kad versi LHR. Dengan kemaskini…

3 years ago

Conflux CFX Naik Lebih 140% Dalam Sehari

Conflux (CFX) ialah Defi ekosistem kedepan yang melangkaui sempadan, dengan kebolehan kolaberasi pelbagai rangkaian "blockchain"…

3 years ago

Hasil Pelaburan Kriptowang

Kriptowang ni ada beberapa perkara yang orang fikir, boleh untung ke, atau tidak. Seperti mana…

3 years ago

Cara Mining Kriptowang Ergo (ERG) di PC Gaming

Ergo (ERG) ialah salah satu projek Proof OF Work (POW) yang berpotensi untuk menggantikan Ethereum…

3 years ago

Jargon Kriptowang Yang Perlu Anda Tahu

Mula menceburi pelaburan kriptowang, antara perkara terawal anda perlu belajar ialah Jargon ataupun Istilah yang…

3 years ago

This website uses cookies.