Selamat tahun baru 2011! Harap Kha tidak terlalu lewat untuk wish tahun baru untuk semua yang baca blog ini. Semoga tahun baru akan ada perubahan serta azam baru untuk diri kita.
Sedar atau tidak revolusi bisnes online semakin matang dari hari ke hari. Pada tahun baru ini mari kita cuba salah satu lagi material untuk berbisnes online iaitu melalui Kedai Facebook!
Facebook merupakan ranking teratas website di Malaysia. Dengan kelebihan tersebut, peluang perniagaan di Facebook sangat cerah dengan limpahan trafik pengguna.
Sebelum ini ramai berjual di Facebook hanya menggunakan cara manual untuk berniaga. Contohnya hanya menggunakan photo sahaja serta tiada sistem checkout yang efficient!
Kini telah muncul app Facebook yang memberi penyelesaian untuk semua ini. Anda boleh dapatkan melalui Link Berikut.
Install dan terus guna. Cukup mudah! Antara perkara lain yang anda perlu buat ialah cipta Fan Page anda sendiri.
Kelebihan lain ialah ianya percuma untuk digunakan, sistem cheak-out menggunakan PayPal, anda boleh create category serta variation, meletakkan lebih dari satu gambar produk, serta anda boleh semak order dari buyer, serta sistem listing item yang mudah.
Selain itu anda dapat menetapkan diskaun harga untuk pembeli yang LIKE Fan Page jualan anda. Memang terbaik untuk pemasaran!
Akhir sekali jom cuba App Kedai Facebook ini sempena tahun baru 2011. Kalau anda tahu app lain yang lebih baik jom kongsikan di ruangan komen.
Selamat Mecuba & berbisnes ! 🙂
Mohd Isa says
wah…memang menarik…kalau ada produk nak jual ni…mmg best…
en.KHA says
Betul-betul..:D