Hari ini terkejut baca di feed Facebook tentang penipuan oleh page menjual Jubah songket Sarawak iaitu Kamekitak. Biasanya saya tidak akan ambil tahu sangat tentang kes-kes penipuan online. Akan tetapi kali ini tertarik hati saya untuk tahu lebih lanjut. Sebabnya, saya kenal akan Duta dan Pengasas Jubah Batik Sarawak ini.
Daripada apa yang saya baca, ramai mengeluh akan proses hantaran jubah yang lambat semasa orang bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016. Ramai yang sudah menempah akan tetapi tidak mendapat produk yang dijanjikan. Malah ada yang memohon untuk “Refund”pun juga lambat diberikan.
Kebenaran tentang penipuan jualan oleh page Kamekitak, hanya Allah sahaja yang tahu. Setiap manusia ada kelemahannya dan kesilapannya. Mungkin benar ada halangan yang tak dapat dielakkan sehingga tempahan pelangan tidak mampu dipenuhi.
Apa yang saya ingin ceritakan ialah, tentang Duta produk tersebut iaitu Dai Hijrah atau saya biasa panggil Asri. Saya kenal secara peribadi siapa Dai Hijrah. Dia junior setahun saya sewaktu zaman sekolah dan kami rapat. Saya yakin dan percaya tentang peribadi dia dan kerja-kerja scam atau penipuan bukanlah sifat dia. Berikut ialah penjelasan sendiri oleh Dai Hijrah tentang kes Jubah Kamekitak.
Semoga Dai Hijrah tabah menempuhi cabaran ini dan benar jika benar berlaku atas kelemahan, jadikan sebagai pengalaman dan panduan untuk terus maju ke hadapan. Jika semua itu fitah, bersabarlah dengan semua dugaan ini. Anggaplah segala yang terjadi ini cabaran yang dpt meningkatkan iman kita kepadaNya seterusnya akan mencapai kejayaan dkemudian hari.
Khairul Zamri says
Tak pernah dengar pun nama jubah ni. Baru lagi ke?
Khairul Zamri recently posted…Jus Bidara Syifa
Khirol Hazwan says
baru lagi
FST MAGNETO says
bila permintaan lebih dari penawaran beri kesan kepada branding produk