Dalam sebuah sangkar yang muat untuk sekumpulan ekor monyet, diletakkan satu anak tangga dan di hujung anak tangga itu digantung buah pisang. Sudah kita semua sedia maklum, monyet minat pisang sebagai makanan kesukaannya.
Dalam sekumpulan monyet ini, salah satu ekor nampak akan peluang untuk makan pisang yang berada di hujung tangga. Dengan niat untuk makan pisang, monyet yang satu ini terus naik ke tangga tersebut untuk makan pisang di hujungnya.
Apabila satu monyet ini mula menaiki anak tangga untuk ambil pisang, pengkaji terus menyembur air yang sangat sejuk kepada monyet tersebut. Basahlah monyet tersebut, termasuklah yang tidak menaiki tangga.
Maka tergendalalah hasrat monyet yang satu ini dan monyet yang lain yang tidak berhasrat nak naik tangga kearah pisang juga turut terkena air yang sejuk tersebut. Basahlah tempat tinggal kesemua monyet-monyet ini dalam sangkar tersebut.
Selepas seketika, ada lagi monyet yang lain yang teringin sangat nakkan pisang di hujung tangga. Monyet itu mula naik tannga, tetapi disembur juga dengan air sejuk oleh pengkaji. Maka basahlah kesemua monyet-monyet itu sekali lagi termasuklah tempat tinggal mereka.
Keinginan untuk makan pisang tetap tinggi pada monyet yang berani naik tangga itu. Namun kali ini, baru sahaja langkah pertama nak naik anak tangga, monyet monyet yang lain sudah tahan. Monyet monyet lain yang halang awal-awal, sebab mereka tahu, jika cuba naik mereka akan basah disembur air juga.
Jadi pihak pengkaji mula mengeluarkan monyet-monyet ini satu per satu. Setiap kali ada monyet baru nak naik anak tangga untuk makan pisang, monyet yang lain sudah tahan dan halang.
Selepas seketika, kesemua monyet-monyet ini diganti dengan monyet baru dan tiada lagi monyet asal dalam sangkar tersebut.
Apa yang menariknya, semua monyet dalam sangkar tidak ada yang naik anak tangga dan jika ada yang mahu naik, yang monyet lain akan halang. Disebabkan sudah mejadi kebiasaan, tidak ada seekor monyet pun yang berani ambil pisang di hujung tangga dalam sangkar tersebut.
Pengajaran Kisah Kajian Monyet ini.
Perkara yang berlaku dalam kajian social monyet ini, banyak berlaku dalam kehidupan harian kita. Banyak perkara yang sudah menjadi kebiasaan dan apabila idea baru hendak dikeluarkan, pantas sahaja masyarakat halang tanpa tahu kenapa tidak dapat dibuat.
Perkara inilah yang mengokong perkembangan sesorang terutama sekali dalam kehidupan seharian. Tidak ada yang berani berfikir “Out of Box” disebabkan stigma takutkan perubahan dan lain dari kebiasaan. Walhal mereka sendiri tidak tahu kenapa “kebiasaan” itu berlaku terdahulu.
Berbalik kepada kisah monyet tadi, pihak pengkaji sudah tidak lagi menyembur air selepas kesemua monyet asal dalam sangkar dikeluarkan. Bermakna, mana-mana monyet yang berfikir luar kotak dan berani untuk keluar dari “kebiasaan” menaiki tangga akan sudah pasti akan dapat makan pisang tersebut.
Elina says
Mendalam sebenarnya kisah ni
Khirol Hazwan says
Ya betul 🙂