Bisnes offline memang sememangnya lebih mencabar berbanding bisnes online. Anda perlu bergerak,bercakap,berkomunikasi dan yakin dengan diri depan orang ramai. Tiada rasa malu atau anda tidak akan mendapat sebarang untung.
Bagi penulis yang suka dengan bisnes online, pernah juga berikan laluan dalam hidup ini untuk cuba bisnes offline. Namun tiada semua yang betul-betul menjadi atau untung besar. Daripada beberapa bisnes yang pernah dibuat dapat simpulkan beberapa kelemahan diri.
1. Malu bertanya sesat jalan
Kalau yang kenal diri aku pasti tahu bahawa aku ni jarang bercakap. Jarang bercakap bermakna pendiam. Bukan terlalu pendiam, Cuma jarang bercakap tentang perkara yang tidak dirasakan penting. Oleh sebab sifat semulajadi ini, agak payah untuk berkomunikasi dengan dealer/pelanggan. Jadi semua itu menyebabkan proses berniaga offline menjadi kurang lancar. Kelemahan diri yang paling sangat perlu dibaiki!
2. Bergerak ke sana ke sini
Rumah di Sarawak,belajar di Perlis sudah tentu transport satu masalah. Disebabkan tiada pengakutan pun menjadi faktor. Mahu tak mahu terpaksa pinjam dengan kawan atau ajak kawan join venture sekali. Tapi kadang-kadang payah juga nak asyik susahkan kawan ajak mereka kesana-kesini. Senang cerita, tak nak asyik susahkan orang lain!
3. Mulut tidak semanis madu
Secara terus terang penulis tak reti nak sembunyikan perkara sebenar. Apatah lagi nak berdalih atau mengampu pelanggan. Pendirian diri, yang tak mahu ‘over’ sangat dalam menerangkan kelebihan sesuatu produk atau servis.Pendek cerita,mulut tak manis nak ayat pelanggan.
4. Pilihan yang teruk
Dalam process mencari sumber produk untuk dijual,penulis akan menghadapi masalah rambang mata dan tak tahu pilih nak jual yang mana satu. Contohnya, ada beberapa jenis bag untuk diborong. Setiap jenis mempunyai rekaan dan fesyen tersendiri. Sampai tahap itu, akan pening nak pilih rekaan yang mana yang akan menjadi pilihan pelanggan. Susah kalau tak reti nak buat pilihan barang yang berpotensi untuk dijual.
5. Kemalasan akibat hiburan
Apabila berada di kampus perkara yang menjadi punca segala kemalasan untuk bisnes dan belajar ialah permainan computer ‘DotA’. Apabila mood nak main game ‘DotA’ tengah tinggi, memang semua perkara akan jadi malas nak buat. Semua inilah yang menjadi pemusnah semua biz–>KEMALASAN!
Sampai 5 je la dulu..ada banyak lagi faktor lain yang belum fikir lagi. Ada idea nanti tulis..So kesimpulannya, faktor paling,paling punca kegagalan ialah KEMALASAN! Pendapat anda?
aLie says
Kelemahan saya adalah lebih kepda no. 5 . khayal dengan permainan game di Facebook. :0
Muhammaed says
Jadikan kelemahan sebagai bacu loncatan. Jadikan cabaran sebagai hiburan. ngeh ngeh…