Categories: Lifestyle

Kerja Tak Ada “Life”

Kerja tak da life, antara ayat yang menjadi igauan mimpi buruk semasa masih lagi belajar. Terfikir dalam hati, bagaimana agaknya waktu sudah kerja nanti. Apa maknanya , kerja tak ada life orang sering sebut-sebutkan itu.

Mungkin setiap orang ada pengertian tersendiri tentang apa itu tak ada life. Ada suka masa, ada suka duit, ada suka keluarga & etc.

Sebab itu, zaman masih lagi belajar, diri ini sangat tertarik dengan idea “bekerja sendiri”, ” tak mahu makan gaji” etc. Tapi tahu tak, setiap orang yang berjaya dalam bisnes aka bekerja sendiri, juga berkorban dan berdedikasi dalam hidup mereka sampai boleh dikata tak ada life juga untuk capai apa yang mereka nak capai.

Berbalik kepada kerja makan gaji, karier yang berlandaskan teknikal seperti saya ini, tak ada life itu ialah sudah menjadi kebiasaan. Senang cerita, semakin penting atau besar jawatan, semakin banyak tanggungjawab serta bebanan di sekeliling pinggang, bahu, tangan, kepala dan lain-lainnya.

Ditanya pada diri saya sendiri, mungkin life yang saya cari ialah masa, kasih sayang dan keluarga yang bahagia. Mungkin ini ayat standard untuk yang masih status single. Namun begitu duit saya letak no 2, sebab duit tetap segalanya..kan?

So anda rasa, kalau tukar karier jadi anatar blogger Malaysia Best Blog, agaknya hidup ada life tak?

Khirol Hazwan

Khirol Hazwan bin Affendi ialah pengasas dan penulis di ohduit.com.

Leave a Comment

View Comments

  • mungkin kalau kita berjaya jadikan blog sebagai kerjaya..masa akan jadi flexible..sebab kita bekerja dari rumah...nak cuti, nak bersama keluarga..kita boleh aturkan ikut kesesuaian masa..tapi jika kita bekerja sendiri disiplin dalam menguruskan masa itu penting

    • saya dah lama idam jadi blogger fulltime sejak 3 tahun dulu..sampai sekarang masih kerja makan gaji lagi

  • kerja...masih ada life hehehehe...kena pandai uruskan lah. Tp kalau memang berminat menjadikan kerjaya blogger sebagai pekerjaan tetap pun tak de masalah. Lebih flexiable .

  • Aku setuju dengan Blogger Lelaki punya pendapat, nak kerja sendiri, fikir dulu anda tu seorang yang disiplin atau tidak, cekap uruskan masa, pekerja dan tenaga. Sanggup korban satu benda untuk berjaya atau tidak. Banyak faktor kalau dah kerja ni, salah satu kalau kerja tak dak life, rasa anda memang robot. Kerja kena fun, baru enjoy!

    Boleh fokus dan jalan terus :)

    Skop bidang kerja bisnes lain, makan gaji pun lain...nak jadikan blog sebagai kerjaya. Hat tu kena semua.. Tak boleh fokus satu, kena fokus keseluruhan untuk manfaatkan internet sebagai punca pendapatan. Tq

  • Kerja mandiri dituntut kesabaran dan kedisiplinan yang tinggi. Saya pernah tumbang, tapi semangat terus berkobar. Tak kenal lelah, tak kenal waktu, yang ada hanya mimpi bisa sukses. Pertanyaannya, apa dengan mimpi sukses bisa kita raih, tentu bisa jika hanya dengan kerja keras. Tapi impian saya belum menjadi kenyataan...doa kan kawan :)

  • Setakat ini .. setelah bertahun berblog dan mencari makan menerusinya, saya happy ... tersenarai dalam Malaysia Best Blog 2015 merupakan antara bukti jerit payah selama ini.

    • TAHNIAH!

      Saya tengok, bro dengan pengguna Blogspot khususnya blogger wanita sangat rapat..haha
      ada tips nak jadi kacak?

  • Semua orang ingin bahagia, memang duit bukanlah segalanya, namun segalanya memerlukan duit.betul tak?

  • saya dulu teringin nak jadi engineer, cuma takde peluang nak sambung belajar bidang kejuruteraan. memang saya ada terdengar kerja engineer nie penat dan stress, tapi kalau dibuat dengan minat, in sha Allah jadi best.. hari2 nak belajar benda baru.. hope ambik yang positif

  • Kalau masyuk memang ada life ya bro..Yang penting kita enjoy melakukan kerja yang kita suka..

Share
Published by
Khirol Hazwan

Recent Posts

Invest Ergo ERG in 2024?

The worthiness of an investment in ERG or any other cryptocurrency is subject to various…

5 months ago

T-Rex Miner Unlock GPU LHR 70% Hashrate

Kemaskini terbaru T-Rex Miner versi 0.22.0 kini menawarkan mod unlock kad versi LHR. Dengan kemaskini…

3 years ago

Conflux CFX Naik Lebih 140% Dalam Sehari

Conflux (CFX) ialah Defi ekosistem kedepan yang melangkaui sempadan, dengan kebolehan kolaberasi pelbagai rangkaian "blockchain"…

3 years ago

Hasil Pelaburan Kriptowang

Kriptowang ni ada beberapa perkara yang orang fikir, boleh untung ke, atau tidak. Seperti mana…

3 years ago

Cara Mining Kriptowang Ergo (ERG) di PC Gaming

Ergo (ERG) ialah salah satu projek Proof OF Work (POW) yang berpotensi untuk menggantikan Ethereum…

3 years ago

Jargon Kriptowang Yang Perlu Anda Tahu

Mula menceburi pelaburan kriptowang, antara perkara terawal anda perlu belajar ialah Jargon ataupun Istilah yang…

3 years ago

This website uses cookies.