Luaskan Networking Anda!

Apr 16th, 2010

1 Comment


Lamanya saya tidak menulis blog. Kesibukkan kuliah dan mini project Universiti punca Kha jarang nak menulis. Lagipun pelbagai update eBay telah berlaku dalam beberapa bulan ini.

Salah satu perubahan paling besar ialah perubahan polisi fee eBay! Anda bolehlah rujuk di Blog Sifu Noorizam Shah ,Blog Saudara Nuwa,atau forum Wang Cyber.

Baiklah Kha teruskan kepada tajuk yang Kha tulis kali ini. NETWORKING atau RANGKAIAN. Mengapa harus ada networking yang kuat dalam bisnes?

luaskan networking

Bisnes ialah interaksi dengan orang lain. Apabila berinteraksi dengan pelanggan,rakan bisnes,pesaing bisnes,semua itu dikaitkan dengan rangkaian.

Senang cerita apabila rangkaian anda berkembang luas apa yang anda akan dapat ialah:

  1. Senang nak dapat info barangan- JIka anda seorang penjual,info seperti supplier akan lebih mudah untuk anda dapat .
  2. Senang nak dapat tips & sokongan- Jika anda rapat dengan Sifu-sifu anda pasti senang nak minta tips serta sokongan. Pasti menguntungkan!
  3. Kurangkan risiko- Jika anda mahu menjual barangan maya seperti eBook..dengan adanya rangkaian kuat dengan sifu-sifu,nama anda lebih mudah naik. Kata-kata sifu akan lebih dipercayai oleh newbie. So jualan akan lebih kencang!

Beberapa cara yang boleh anda buat untuk luaskan networking anda ialah:

  1. Hadiri seminar atau kursus- Kumpul bisnes kad dan saling bertukar bisnes kad. Rapati sifu-sifu serta dapatkan ramai kenalan semasa seminar atau kursus tersebut!
  2. Rangkaian sosial- Gunakan kuasa seperti Facebook untuk dapatkan rangkaian anda! Sebagai contohnya anda bolehlah tambah Kha di senarai kawan Facebook anda!

Sekian dulu..jom kita sama-sama luaskan Networking :)

Blog Widget by LinkWithin

Related posts:

  1. Buat Duit Dengan Bisnes Networking Ads4bucks
  2. Apa Pandangan Pertama Anda Tentang eBay?
  3. Bagaimana Nak Mula Bisnes eBay?
  4. Oh! Duit Mudah Dengan Fiverr
  5. Panduan eBay Multi Variation Listing-Jimatkan Kos Anda!

Tags: , , , , ,

1 Response to "Luaskan Networking Anda!" {+}

  1. zik (6 comments.) on April 22, 2010 Reply

    erm betul tuh… networking penting untuk tambah kita punya pengaruh..ataupun dapat tolong menolong antara satu sama lain.. selain berkongsi idea.. ;)



Leave a Reply

a

CommentLuv Enabled
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:


Blog WebMastered by All in One Webmaster.
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.

Featuring Recent Posts Wordpress Widget development by YD