Kriptowang

Memulakan Pelaburan Kriptowang

Melabur dalam “emas digital” ataupun kriptowang sebenarnya tidaklah serumit yang dijangkakan. Apabila sebut Kriptowang pastinya akan berlegar di fikiran ialah pelaburan Bitcoin ataupun nama trading BTC. Nama Bitcoin begitu sinonim disebabkan ianya “Bapa” segala token atau coin lain dengan market capitalization di No.1.

Pelaburan kriptowang ini bukannya terhad kepada Bitcoin sahaja, disebabkan ada pelbagai jenis lagi coin/token di pasaran. Anda boleh rujuak senarai di coinmarketcap untuk explore pelbagai jenis kripto untuk dilaburkan.

Jadi untuk anda memulakan journey anda dalam pelaburan kripto ni, pertama sekali anda perlukan platform untuk membeli, menjual ataupun trade coin tersebut.

Sebagai pengguna di Malaysia, berikut ialah beberapa Centralized Exchange (CEX) yang anda boleh guna sebagai pemula dalam bidang kriptowang ni.

Pelaburan Secara Sah Menggunakan Luno

LUNO Malaysia merupakan diantara syarikat exchange yang diberikan kebenaran beroperasi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kiranya aktiviti membeli, menjual dan pelaburan anda terlindung oleh undang-undang Malaysia.

Sehingga kini LUNO hanya menawarkan hanya 5 watawang kripto iaitu, Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), Bitcoin Cash (BCH) dan Litecoin (LTC). Disebabkan limitation jumlah watawang kripto yang ditawarkan ini, ramai orang lama dalam dunia kripto yang tak suka dengan LUNO ni ditambah dengan sistem yang selalu lag/lambat.

Walaubagaimanapun, kelebihan Luno ialah anda dapat masukkan duit untuk dilaburkan atau keluarkan hasil pelaburan menggunakan local bank transfer. Maksudnya boleh guna Maybank2u untuk masukkan duit secara online.

Pendaftaran LUNO mudah cuma perlu dibuat ID verification untuk membolehkan anda menggunakan semua fungsi dalam LUNO 100%. Untuk melakukan ID Verification/KYC (Know Your Customer), anda ikut sahaja step yang telah diberikan oleh oleh pihak LUNO.

Daftar akaun LUNO

Pelaburan Kriptowang Melalui CEX Terbesar

Terdapat pelbagai CEX boleh digunakan untuk trading kriptowang. Berbeza dengan Luno, CEX ini menawarkan pelbagai jenis produk pelaburan termasuklah Trading, Future, Leverage, Stalking dan lain-lain. Selain itu CEX juga menawarkan beratus-ratus alternative coint (altcoin).

Masalahnya denga CEX ini ialah sebahagian besarnya belum mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bahasa mudahnya, pelaburan anda tidak terlindung dengan mana-mana undang-undang Malaysia. Walaubagaimanapun, tak perlu risau jika CEX ini ialah yang terbesar, beroperasi seluruh dunia dengan reputasi yang bagus.

Personally, berikut ialah CEX yang patut anda cuba:

  1. Binance
Binance

Binance merupakan salah satu CEX yang terbesar dan terbaik setakat ni. Masalahnya, baru-baru ni SEC Malaysia dah ban Binance baru-baru ni. Walau bagaimanapun produk yang ditawarkan masih available untuk digunakan kecuali tiada lagi watawang Ringgit (RM) dalam CEX tersebut.

Daftar Binance

  1. Gate.io
Gate.io

Gate.io ni terdapat banyak coin baru yang beropotensi untuk dilaburkan. Anda boleh explore sendiri dengan mendaftarkan akaun di Gate.io

Daftar Gate.io

Sepertimana Luno, anda perlulah lengkapkan KYC untuk guna sepenuhnya fungsi yang ada dalam CEX pilihan anda. Untuk memasukkan duit ke dalam CEX tersebut anda boleh gunakan fungsi P2P, melalui Credit Card ataupun hantarkan wang daripada Luno.

Akhir kata, setelah adanya tempat untuk membeli/menjual kriptowang, boleh sudah untuk memulakan perjalanan dalam duni kripto ni. Perlu beringat kriptowang ni sangat volatile, hanya laburkan lebihan wang yang anda sanggup terima kerugian.

Khirol Hazwan

Khirol Hazwan bin Affendi ialah pengasas dan penulis di ohduit.com.

Leave a Comment
Share
Published by
Khirol Hazwan

Recent Posts

Invest Ergo ERG in 2024?

The worthiness of an investment in ERG or any other cryptocurrency is subject to various…

5 months ago

T-Rex Miner Unlock GPU LHR 70% Hashrate

Kemaskini terbaru T-Rex Miner versi 0.22.0 kini menawarkan mod unlock kad versi LHR. Dengan kemaskini…

3 years ago

Conflux CFX Naik Lebih 140% Dalam Sehari

Conflux (CFX) ialah Defi ekosistem kedepan yang melangkaui sempadan, dengan kebolehan kolaberasi pelbagai rangkaian "blockchain"…

3 years ago

Hasil Pelaburan Kriptowang

Kriptowang ni ada beberapa perkara yang orang fikir, boleh untung ke, atau tidak. Seperti mana…

3 years ago

Cara Mining Kriptowang Ergo (ERG) di PC Gaming

Ergo (ERG) ialah salah satu projek Proof OF Work (POW) yang berpotensi untuk menggantikan Ethereum…

3 years ago

Jargon Kriptowang Yang Perlu Anda Tahu

Mula menceburi pelaburan kriptowang, antara perkara terawal anda perlu belajar ialah Jargon ataupun Istilah yang…

3 years ago

This website uses cookies.