Tahun 2016, tahun yang sangat mencabar bagi rakyat Malaysia. Kebelakangan ini semakin hangat di bincangkan tentang isu kos sara hidup khususnya bagi mereka yang tinggal di Kota Raya – Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan lain-lain bandar utama. Pelbagai rungutan di suarakan tentang bagaimana ramai yang terbeban dengan kos sara hidup.
Betul, ini cerita sudah basi, balik-balik kos sara hidup. Apa yang kami boleh katakan dari perspektif ekonomi yang adil, sukar untuk kita meningkatkan gaji minima kerana ia berkait rapat dengan produktiviti setiap pekerja. Secara umum mungkin boleh dinaikkan jika produktiviti juga meningkat – tetapi lebih banyak syarikat yang gemar memberi insentif berbanding gaji yang tinggi. Termasuk bonus atau pun insentif perubatan,insurans dan sebagainya.
Kami tidak akan menyentuh tentang isu kemasukan jutaan warga Bangladesh ke Malaysia kerana ianya isu yang terlalu panjang untuk dihuraikan dari perspektif dasar ekonomi yang dipraktikkan kerajaan, apatah lagi bila tiada kaitan dengan bilik sewa secara langsung. Walaupun secara berseloroh, boleh kami katakan tiada masalah untuk 15 orang warga Bangladesh atau pun Nepal tinggal di dalam bilik sewa bersaiz sederhana atau kecil. No Problem. Ingin juga kami tegaskan disini bahawa kami tidak menyokong sebarang tindakan stereotype.
“Warga Asing ni usik bini saya”
“Warga tu kacau anak bini saya”
Lumrah hidup manusia, ada yang baik dan ada yang jahat. Mari jauhkan stereotype kerana saya percaya, sebagai contoh di salah satu masjid terbesar di Shah Alam, tiada warga Bangladesh atau perkerja Indonesia yang majoritinya memenuhi hampir 50-60% Jemaah solat subuh disini meng”stereotype”kan Muslim Malaysia sebagai ummah yang lemah dan pemalas.
Ketahanan Luar Biasa
Mukadimmah panjang ini adalah bagi memulakan perkongsian daripada ramai netizen tentang bagaimana mereka mampu bertahan dengan keadaan ekonomi yang luar biasa mencabar! Ini bukan cerita orang miskin di kampung, ini cerita benar di bandar! Kami sering dengar metaphore ini:
“Kerja dan hidup macam Bangla, letih”…
Mungkin membawa erti bahawa betapa susahnya hidup. Gaji dan isi rumah kurang dari RM1,800. Sayu hati kami yang berada di tengah-tengah dalam menyediakan platform bagi mereka yang ingin menyewa bilik.
Encik Khairul (bukan nama sebenar) baru sahaja mendirikan rumah tangga, gajinya pula tidaklah seberapa, gaji seisi rumah nak jangkau RM1,800 pun sayup sayup. Beliau ingin menyewa bilik, tetapi jelas ianya agak terbatas kerana kekangan hidup berpasangan di dalam sebuah rumah bersama pasangan lain. Kami tidak mahu menyentuh isu moral atau prinsip agama, ini adalah sandaran anda sebagai pembaca kerana kami ingin menyatakan dari segi moral, apa yang mampu kita lakukan untuk membantu? Apakah pilihan yang ada bagi Encik Khairul?
“ Ahhh, mesti banyak bagi alasan.. hidup tak sanggup susah, buat la kerja lebih sikit! Pemalas! Typical Melayu”
Let’s be less demoralizing can we? – kata orang putih.
Nak sewa rumah sebuah tak mampu. Kami tidak mahu menyentuh aspek dimana kita sebagai orang yang pernah melalui susah, untuk “Brainwash” mereka seperti ini. Kami percaya bahawa kita mampu memberi dorongan serta sokongan, menyuluh jalan kearah kemungkinan yang boleh dicuba oleh orang yang senasib dengan Encik Khairul. Setengah orang cepat adaptasi, yang lain lambat – kata orang, pelan-pelan kayuh.
Kami ingin kongsikan beberapa inspirasi bagi mereka diluar sana yang rasa lemah, kurang bersemangat dek kekurangan kapasiti kewangan. Cerita lama, atau cerita baharu, kekuatan mereka adalah inspirasi kita. Ingat, jika kita susah, ada orang yang sama susah bahkan lebih susah dari kita!
Mungkin anda kata, dulu lain, sekarang lain? Bagaimana pula dengan rakan kita dibawah ini?
Atau mungkin anda rasakan bahawa mereka hidup bujang? Bagaimana dengan rakan kita yang berikutnya?
Perbandingan: Dulu lain, sekarang lain!
Merujuk kepada isu Encik Khairul pada awal tadi tentang hospitality bagi mereka yang bergaji rendah. Betul, dulu lain, sekarang lain. Dahulu, terdapat banyak rumah rumah kedai yang di tingkat atasnya dipecahkan menjadi bilik2 dan dipanggil ‘lodging’. Sewanya murah berbanding rumah biasa. Rumah biasa sewanya RM60, sebuah bilik di lodging hanya RM15 sebulan. “Lodging” ini dalam kalangan muda-mudi zaman sekarang lebih dikenali sebagai “Rumah Pintu”. Sebuah rumah besar yang mempunya pintu-pintu khusus bagi setiap bilik dan di sewakan kepada sesiapa yang inginkannya.
Mana nak dapat sekarang “Rumah Pintu” sebegini kalau tak di Kampung Baru atau pun sekitar Ampang di bahagian-bahagian tertentu khususnya di Lembah Klang ni? Itu pun sekarang harganya sudah mencecah RM500-RM600 satu pintu ya berdasarkan lokasi!
Mari kita bandingkan menggunakan kelompok lingkungan buah bilik sewa mengikut range harga terbesar dan RM200 kebawah sekitar Lembah Klang:
Bagi maksimum RM2,000:
Bagi maksimum RM201:
Mungkin perbandingan dan jurang yang besar tetapi kami posisikan pada maksimum RM2,000 agar segala bilik yang berharga dalam lingkungan RM300-RM700 ke atas akan disertakan secara tak langsung. Apakah yang dapat anda lihat bagi contoh mudah ini? Selain daripada data kami sikit sangat ya, tolong! Mudah, semakin sukar mencari yang di bawah RM200. Apa agaknya keadaan dalam 5 tahun akan datang?
Sumber rujukan: http://hidup.my/find-room/
Apa perlu saya lakukan?
Pengenalan dan isi tengah yang agak panjang tetapi point penting yang kami nak sampaikan adalah untuk anda asimilasikan segala fakta yang kami ketengahkan agar menjadi inspirasi serta ilham untuk anda meneruskan kehidupan. Hidup penuh dengan pilihan. Sama seperti sewa bilik dan sebagainya. Tak mampu beli rumah, sewa rumah, tak mampu sewa rumah, sewa bilik.
1) Kreatif
Cuba mencari alternative jika boleh. Sublet barangkali? Ini bukan asing lagi zaman sekarang, Cuma mahu atau pun tidak sahaja! Perkongsian dari salah seorang rakan kita.
Kami tidak mahu berhujah pada dasar dan prinsip, tetapi kami ingin ketengahkan idea dan segala kebarangkalian yang boleh diusahkan!
2) Berjimat
Tipikal, tetapi benar.
Jika Encik Zuhairy boleh masa muda-muda, apa sebab anda tidak?
3) Mencari keberkatan didalam rezeki
Selalu diberitahu orang tua-tua. Percayalah, lebih kita memberi, lebih kita menerima.
Tiga langkah mudah bagi anda. Mengapa kami sertakan printscreen . Apa rasionalnya dan kaitan dengan segala apa yang dibincangkan? Kami ingin anda diluar sana tahu bahawa anda tidak berkeseorangan didalam menghadapi ekonomi yang mencabar. Kami ingin memberitahu anda bahawa kami bersama anda dan tidak menjadi “typical netizen” yang hanya tahu mengherdik serta menjatuhkan semangat anda hanya kerana anda tidak pantas mengadaptasi diri. Apa salahnya juga bagi yang ada kemampuan di dalam menyewakan bilik atau rumah, menyediakan rebat bagi penyewa yang berkeluarga. Kita cuba bantu apa yang mampu mengikut kapasiti yang kita ada.
Penting didalam kehidupan ini kita mencari keredhaan dan keberkatan dari NYA. Apa yang penting pertama sekali adalah niat. Dengan niat , usaha serta doa yang tidak putus-putus dan ikhlas, kita akan mendapat balasan yang setimpal. Kami ingin mengakhiri artikel ini dengan kata-kata yang sangat indah dari salah seorang saudari yang hanya ingin dikenali sebagai angah.
“ Semata-mata untuk bekerja keras demi sesuap nasi untuk ahli keluarga. Pengertian kerja keras sebenarnya tidak sesuai diertikan bekerja sehingga tiada masa untuk keluarga, kerana seolah-olah seseorang perlu berkerja dengan keras, bermati-matian, kurang istirehat, dan kepenatan. Keberkatan dari Nya adalah apa yang kita cari“
Daripada: Teamhidup@hidup.my
Layari Hidup.my untuk mencari rumah sewa & bilik sewa.
Khairul Zamri says
Saya setuju dengan ayat terakhir, bekerjalah untuk diri sendiri bukannya untuk syarikat semata-mata.
Khairul Zamri recently posted…Bidara Syifa Penawar Sihir
Pontianak seo says
senang sekali bisa berkunjung di blog ini, salam kenal dari saya blogger kalimanan barat indonesia
Anuar says
Dengan kenaikan Kos sara hidup sekarang orang yang bergaji RM3,000 sebulan boleh dikelaskan dalam kategori miskin bandar…
Anuar recently posted…Kecoh Bila Imam Muda Nak Kahwin Lagi!!
Ustaz Abdullah Idris says
Pada pandangan saya, semuanya bergantung pada kemahuan diri sendiri untuk menghadapi realiti kehidupan.
Walaupun tak dinafikan, pengalaman saya di pusat rawatan Islam, isu ekonomi sebenarnya memang memberikan kesan juga, tetapi ianya dapat diatasi dengan kemahuan yang bersungguh-sungguh.
Ustaz Abdullah Idris recently posted…7 Jenis Sihir Melibatkan Suami Isteri & Ketahui Tanda-Tandanya
Khairul Zamri says
Kena kerja kuat untuk meneruskan perjuangan kehidupan
Khairul Zamri recently posted…Kadar Zakat Fitrah Tahun 2016
Ikhwan says
usaha itu perlu sama ada untuk diri atau syarikat 🙂
Ikhwan recently posted…Soalan Ujian Psikometrik Separa Perubatan