Menjadi usahawan kecil di dunia online sejak 2009 dan belajar tip-tip usahawan semuanya dari internet. Rasanya diri ini mampu berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri dengan menjadi usahawan kecil di eBay serta cabang IM yang lain. Sambil belajar tip-tips usahawan di internet, sambil itu juga menulis ilmu baru di blog Oh! Duit ini.
Kisah menjadi usahawan kecil di internet bermula dengan idea inginkan mencari duit secara tanpa modal. Maklumlah masih baru dan takut nak keluarkan modal. Perkara pertama ialah mengisi survey online dan membuat beberapa sen dollar dari situ. Waktu itu, forum utama yang menjadi sumber ilmu serta tip-tip usahawan ialah forum WangCyber. Gembira apabila berjaya mengisi USD0.10 ke dalam akaun PayPal, yang penting tanpa keluar modal.
Menjadi Usahawan Kecil di eBay
Semakin banyak cabang IM diterokai dari hari ke hari sehingga lah berjumpa bisnes eBay, lantas menjadi usahawan kecil di eBay. Menjadi usahawan kecil di eBay memang masyuk. Antara bisnes online yang mudah , malah dalam masa tiga hari boleh mendapat hasil jualan pertama!
Sambil menimba ilmu di eBay, pelbagai tips yang dipelajari dikongsi juga di blog ini. Tip-tip usahawan eBay menjadi topic utama penulisan di blog ini berdasarkan pengalaman serta kajian kes oleh penulis sendiri. Duit pendapatan hasil eBay cukup-cukup untuk perbelanjaan penulis yang masih menuntut di university waktu itu, tidak ingin popular seperti sifu-sifu eBay yang lain, cukuplah sekadar menjadi usahawan kecil eBay.
Belajar Tip-Tip Usahawan
Sumber paling cepat mendapat tip-tip usahawan ialah melalui pembelajaran langsung daripada guru bisnes. Cara ini mungkin bermodalkan wang duit, namun begitu anda akan mendapat tunjuk ajar secara langsung dari “Sifu” dan langkah pertama menjadi usahawan kecil dalam cabang bisnes yang diminati.
Tip-tip Usahawan – Belajar Sendiri
Belajar sendiri ialah salah satu alternative murah mendapat tip-tip usahawan internet. Banyak sumber untuk belajar menjadi usahawan kecil internet. Sebagai contohnya melalui carian terus Google tentang sesuatu topic yang ingin dipelajari.
Cara lain belajar sendiri untuk menjadi usahawan kecil ialah melalui pembelian produk eBook atau video panduan tip-tip usahawan daripada sifu-sifu bisnes. Cara belajar sendiri ini memerlukan sedikit modal, namun begitu berbaloi sebab ilmu yang dibeli ialah tak ternilai dan dibawa sampai ke penghujung hayat.
Forum dan group perbicangan di laman social Facebook juga menjadi sumber ilmu untuk menjadi usahawan kecil. Pelbagai tip-tip usahawan dikongsikan oleh otai-otai, malah semuanya percuma selagi anda rajin membaca, bertanya dan menjalinkan hubungan baik dengan otai-otai bisnes dalam bidang usahawan kecil yang anda ceburi.
Ushawan Kecil di Internet dan Tip-tip usahawan tahun 2013
Masa memang cepat berlalu, kini berada di tahun 2013. Penulis masih lagi menceburi bidang usahawan kecil di eBay. Namun begitu untuk tahun 2013, penulis berubah angin mempelajari tip-tip usahawan bisnes blog.
Perkara yang paling diminati ialah ilmu SEO atau Search Engine Optimization. Penulis banyak belajar ilmu-ilmu SEO melalui pembacaan di forum-forum serta kajian kes yang dilakukan oleh diri sendiri. Kesimpulannya, kena cuba sendiri untuk tahu bagaimana strategi SEO terbaik untuk blog.
Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil #1 2013
Berita baik untuk para usahawan kecil blog, anda boleh sertai kontest SEO ini. Anda perlu rank kan kata kunci “usahawan kecil“ dan “tip-tip usahawan” di enjin carian Google Malaysia. Untuk maklumat lengkap mengenai kontes ini anda boleh baca melalui link di bawah.
Selamat besaing untuk rank kata kunci tip-tip usahawan kecil
Saya Menang: Entri ini telah memenangi hadiah saguhati untuk contest SEO Usahawan Kecil. Terima kasih buat Syed Ikhwan.
AkmaOmar says
Wah… join jugak ke.. Good luck yer…
dulu pernah gak jual kat ebay.. 🙂
AkmaOmar recently posted…Tip-Tip Usahawan Kecil Di Malaysia
ohduit says
Mencuba nasib, tak pandai pun main SEO ni 🙂
AkmaOmar says
Ye ke tak pandai… tengok dah masuk 1st page tu… good job..
AkmaOmar recently posted…Ciri-Ciri Usahawan Berjaya
sensasi2020 says
Tahniahlah buat anda…entri ini duudk di page 1, semoga terus berjaya. Entri yg dihasikan amat menarik, pasti trafik yg tinggi ni hinggakan berada dlm google.com (page 1) pulak tu.
sensasi2020 recently posted…Rahsia Kejayaan Usahawan Kecil
muliani says
ilmu yg sgt membantuu..
Farina Al-Khareid says
tip ni dapat membantu kewangan saya dan menambahkan pendapatan. sekarang, nk bisnes pn dalam intrnet je, but kena jaga jaga agar tidak tertipu. sekarang macam macam produk dan barang dijual kat internet seperti shaklee,. so, mudah nk beli dan jual barang
Keladi says
Pengalaman yg berguna untuk sy sbg newbie…terasa pula…mcm kecik sngat diri ini…….
Keladi recently posted…Tip mencari idea menulis