Mungkin anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya sebagai Mill Engineer di Kilang Kelapa Sawit. Saya sendiri berkerja sebagai jurutera di Kilang Kelapa Sawit, dan ini merupakan serba sedikit tentang kerjaya sebagai Mill Engineer. Harap dapat membantu anda memberikan sedikit info yang berguna tentang pemilihan kerjaya anda.
Jauh Dari Dunia Moden
Anda akan bekerja di dalam Estate Kelapa Sawit dan jauh daripada dunia moden. Biasanya saya sebulan sekali keluar ke bandar untuk membeli bekalan makanan. Sudahlah jauh, jalan pula kena pakai kereta pacuan 4 roda dengan keadaan jalan yang teruk.
Jika anda tak boleh hidup tanpa internet, kerjaya sebagai Mill Engineer memang tidak sesuai untuk anda. Tidak semua tempat kerja anda ada internet, jika ada disediakan anda cukup bernasib baik.
Line telefon juga ada sesetengah tempat sangat limited dan kadang-kadang langsung tidak ada line telefon. Senang cerita, anda akan rasa dunia belum Merdeka.
Jika anda sudah biasa dengan kehidupan ala kampung, anda mungkin boleh tahan kerja sebagai Mill Engineer.
Gaji Mill Engineer
Gaji permulaan bergantung kepada kompani tempat anda kerja. Kebiasaannya dalam RM2000-RM2500. Terdapat juga elaun diberikan jika kilang jauh di pedalaman dalam RM300-RM800.Namun begitu elaun bergantung kepada jarak, syarikat anda kerja dan jawatan anda.
Namun begitu selepas 2-3 tahun bekerja, anda boleh ambil 2nd Grade Steam Engineer. Selepas mendapat 2nd Grade Steam Engineer, gaji anda akan naik menjadi purata RM3500-4000+
Kemudian jika anda dapat lulus ujian 1st Grade Steam Engineer anda layak untuk menjadi Mill Manager dan gaji anda akan dinaikkan menjadi RM8K+.
Mill Engineer Standby 24 jam
Biasanya kerja bermula jam 6.30 pagi kemudian balik pukul 5 ptg. Anda kena pergi ke Kilang jika berlaku breakdown semasa process masih berjalan. Selain masalah breakdown, anda juga perlu selesaikan masalah pekerja seperti bergaduh, kecurian, kemalangan etc.
Skop Kerja Mill Engineer
Mill Engineer kena belajar tentang ilmu memproses buah sawit, boiler stim & janakuasa, rawatan air, rawatan effluent,kualiti & makmal, labour control, admin & management , budget control, modification & fabrication, purchasing serta kerja-kerja HR seperti interview worker. All in one package yo!
Disenangkan cerita, akan akan bekerja banyak dalam management & admin. Kerja-kerja modifikasi kebanyakannya dibuat oleh kontraktor luar, jadi bukan semua kena buat sendiri.
Antara skop kerja yang mencabar ialah labour control dimana anda akan mengawal dan supervise pekerja serta staff anda. Kena anda soft skill, kepimpinan serta komunikasi yang baik jika ingin memastikan pekerja anda dapat dikawal.
Bonus Mill Engineer
Bonus di bidang kelapa sawit agak boleh tahan. Bergantung kepada harga minyak sawit, keuntungan syarikat serta syarikat apa anda bekerja, bonus boleh dapat dalam 2 hingga 8 bulan gaji.
Cuti & Benefit Lain
Cuti tahunan saya dapat dalam 23 hari setahun dan 1 setengah hari cuti seminggu.
Sebab anda tinggal di tengah Estate, kemudahan seperti rumah (siap dengan perabot), bil air & elektrik ialah percuma.
Jika anda diberikan kenderaan oleh syarikat anda jula boleh dapat minyak percuma. Jimat duit untuk minyak.
Makanan pula anda boleh masak sendiri. Jika nak makan sayuran anda boleh tanam sendiri. Jika nak makan ikan anda boleh pergi memancing atau pergi berburu rusa etc.
Anda boleh berjimat banyak di sini & menabung untuk masa depan. Seperkara lagi ialah, tidak akan ada traffik jem serta setiap hari anda akan menikmati udara yang segar. Hilang stress tengok keindaham alam.
Masa Depan Mill Engineer
Industri Sawit sedang dalam tahap perkembangan pesat terutamanya di Sarawak. Banyak Mill baru dibina dan perlukan ramai pekerja. Jika anda cukup baik, anda berpeluang menjadi Mill Manager dalam masa tidak sampai 10 tahun sahaja. Peluang untuk kenaikkan pangkat (sekali gaji) sangat cerah. Apa yang penting kena kerja rajin dan memantapkan skill dalam pegurusan,admin dan kepimpinan sebab hala tuju karier anda akan menuju ke Pengurus Kilang atau Mill Manager!
mfadhlan says
Mill engineer? not bad when comes to bonus…
Area mana tu? Saya LTE engineer, boleh pasang LTE di Sarawak.
fyi – Kuching area mostly covered by TMGo, and some of it under my supervision…
Khirol Hazwan says
Yup, bonus not bad. Saya kerja area Belaga/Bakun.
Hero Borneo says
lepas sekolah dulu ada minta kursus dalam bidang ladang kelapa sawit..tiada rezeki..namun bersyukur juga dengan kehidupan sekarang..
Hero Borneo recently posted…Best Mobile Peluang Terbaik 2015
muliani says
perkongsian yg menarikk.. tahniahh!!
Unknown says
Haii . Sy tak lma lgi nak ambil spm . Tpi msi konfius tntang kerjaya . Hehe . Sy tak tw nak ambil bidang apa lepas spm . Tpi ayah sy cdangkan ambil bidang Mill engineer . Sy ni prempuan sesuai tak ? bole bgi pendapat . Hehe
Khirol Hazwan says
Perempuan agak kurang sesuai sebab kerja banyak melibatkan Mechanical Work. Namun begitu, jika betul-betul berminat anda boleh cuba. Tiada salahnya 🙂
Khirol Hazwan recently posted…Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2015 1436h Negeri Negeri di Malaysia
nasslimdiet2 says
Cabaran yang besar nak dok dalam estet tu. Saya kalau takda internet memang rasa kosong je. Hihihi
nasslimdiet2 recently posted…Kebaikan GC Tea
syeqqal says
Assalam..sy amek bioengineering…sesuai x klu sy nk jd mill engineer??sbb course sy bnyk maen dgn microb,fermentation,dna tech
Khirol Hazwan says
Sesuai juga sebab, dalam palm oil mill ada bahgian lab dan effluent treatment
Alif Zaharuddin says
assalamualaikum sir. saya ada beberapa soalan. Saya akan habis degree saya next year. Jadi
Adakah lepasan universiti swasta layak utk memohon mana mana syarikat sebagai mill engineer ?
Apakah procedures dalam proses untuk permohonan ?
Khirol Hazwan says
Wsalam, pertama sekali, hantar sahaja resume anda kepada syarikat yang berkenaan. InsyaAllah kalau da rezeki akan dipanggil interview.
Khirol Hazwan recently posted…Contest Review Lynk.my 2015
Mokhtar isman says
Kalau sy dari kelayakan diploma mekanikal politeknik..
Mula2 masuk boleh ke sy dapat jawatan engineer assistant?jika sy praktikal di kilang sawit?
Walaupun cuma sy ade diploma boleh ke sy jadi manager jika sudah ade 1st grad steam cert?
Ayah saya adelah seorang fitter kilang sawit lkpp pada 80s dulu..jadi dia tahu serba sedikit tentang kilang sawit…tetapi dia berhenti dari kerjaya mekanikal sebab mendapat peluang memasuki rancangan felda..
Dia syorkan sy utk berhenti belajar setelah dapat diploma kejuruteraan mekanikal..dan terus masuk ke kilang sawit..kerana ayah sy kata sijil diploma atau ijazah ibarat tiada guna setelah ade sijil steam cert..
Kalau sy sambung ijazah sy kene belajar lagi 4 tahun dan perlu keluar duit
Dan jika sy terus bekerja setelah diploma sy akan dapat pengalaman dan dapat gain duit..
Apekah penadapat tuan..
Sy harap respon tuan dapat membantu sy merancang masa depan sy
fazle says
Kerja sebagai labour control…apa benda lagi yang harus kita tahu..selain pernyataan di atas…adakah itu sahaja…🤔🤔🤔