Apa yang ada di fikiran anda apabila disebut tentang bisnes tanpa modal. Secara betulnya semua bisnes perlukan modal. Adakah bisnes tanpa modal itu juga wujud? Sememangnya anda boleh memulakan bisnes tanpa modal. Jawapan paling mudah untuk bisnes tanpa modal ialah ‘Dropshipper”.
Dropshipper mungkin anda pernah dengar dan mungkin tidak. Konsep dropshipper ialah mudah, anda guna duit yang pembeli anda bayar untuk beli produk yang anda jual. Kiranya anda orang tengah dalam urusan jual beli.
Pertama kali Kha dengar mengenai Dropshipper ialah melalui eBook Sifu-Lan. Dalam eBook tersebut didedahkan dropshipper rahsia yang dah tak rahsia lagi sekarang ini.
Berkenaan polisi baru eBay yang membenarkan listing percuma menjadikan bisnes eBay menggunakan dropshipper 99% tanpa modal. 1% mungkin untuk bayaran kad debit anda tetapi anda boleh sahaja anggap itu bukan modal.
Dengan semangat Malaysia Boleh akhirnya ada juga dropshipper tempatan diwujudkan bagi menggantikan AN yang banyak memeningkan eBayer tempatan. Malah dropshipper tempatan ini tidak meletakkan handling fee. Jadi bisnes eBay tanpa modal betul-betul mungkin!
Setakat ini Kha nak kongsi dua dropshipper tempatan yang anda boleh juga. Jadi pesanan Kha,gunakan dua portal ini untuk anda memulakan bisnes eBay anda dan berjinak-jinak dengan selok-belok eBay. Apabila dah kumpul cukup modal dengan dropshipper,teruskan dengan produk fizikal!
Songkonglah dropshipper tempatan. 🙂
Sekian.jumpa lagi
x-po says
mmg best bisnes tnpa modal..aku amik produk kt lelong.com.my, then jual kat kat mudah.my..tggu org byr then baru bid kt lelong..hehe
enkha says
Macam nak try juga lah cara ni..hehe
Norizwan says
Rasa2 dropshipper AN adalah yang terbaik…ada lagi yang terbaik ker selain AN?
enkha says
Memang terbaik..tapi kena sabar lah kalau tyme AN buat hal-hal dier..hehe
kontot says
kalo dropshipper mousepad to aku tak galakkan sebab dah ramai sgt orang guna dropshhiper ni..aku pernah list semua item mousepad kat ebay..tak terjual pun..abis duit kena bayar fee..aku suka yang dropshipper ke 2 tu sebab kita design apa2 gambar then upload ke dropshipper tu dia akan tolong wat..then hanto ke buyer.. 🙂 🙂
Norizwan says
yer ker…apa nama dropship tu?
h3r0 says
aku semakin seronok buat camni… he he 8) 8)
Mus says
Salam bro.
Nasib baik aku terbaca entri ni..
baru aku faham konsep drop shipper ni..
Aku kurang paham..
Step 1 di gambar tu bermakna, product tu kita ada dan iklankan di ebay.
Design tu kita kena hantar ke dropshipper ke atau bila ada buyer baru hantar ke dropshipper..
dan minimum belian ada tak dikenakan?
Maaf kerana soalan panjang berjela..
Aku baru..
enkha says
1. Produk iklankan di ebay,bila ada tempahan(sold),gunakan duit yang dibayar pembeli untuk bayar supplier dropshipper.
2. Design boleh dibuat/dicipta sebelum diiklankan di ebay
3. Bila ada tempahan baru order dari supplier dropshipper berdasarkan design yang telah dicipta sebelum itu.
4. Biasanya kebanyakan service dropshipper menawarkan ‘no minimum quantity order’. Maknanya boleh order 1 minimum.
fiza says
ruangan ape ni tak paham
yadi says
layan biz…………
Fix says
Erm ….xthu ble nk mule.da bkk acc ebay.tp xtau mcm mne nk start nk start … :(( :(( :(( :((