Baru-baru ini ayah & bapa saudara Kha telah memulakan project membina rumah burung walet. Jadi Kha pun turut serta dengan membuat kaji selidik tentang project keusahawanan ini. Menariknya,jika memang betul kena pada keadaan, hasil pendapatan boleh mencecah pendapatan RM40k sebulan!
Untuk usahawan internet jom kita jenguk-jenguk pula apa peluang keusahawanan offline yang menguntungkan ini.
Berikut ialah beberapa persolan biasa FAQ tentang Keusahawanan Burung Walet. Kha ambil source informasi ini dari internet & credit untuk penulis asal & sumber asal(maaf yer,Kha lupa ambil artikel ini dari mana.. 🙂
Burung walet atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga yang mampu terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. Ia tidak boleh mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek dan biasanya boleh didapati di gua-gua pinggir hutan, sawah, habitat yang berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. Burung ini mampu terbang dalam kegelapan melalui kaedah ‘eccholation’ dan membuat sarang menggunakan air liurnya.
Ya, ia merupakan satu peniagaan, pelaburan dan industri yang sah yang mendapat perhatian serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan Perhilitan, Jabatan Veterina (Haiwan), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Kesihatan. Pihak Jab Veterina juga ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit (GAHP) untuk dijadikan panduan dan asas kepada pengusaha.
Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20’ x 70’ x 2 tingkat adalah RM40-RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4.
Kawasan pembiakan burung walet yang sesuai adalah di kawasan habitat yang berkayu seperti pinggir hutan, ladang kelapa sawit, sawah, tepi pantai dan kolam atau lombong yang mempunyai potensi pemakanan seperti serangga dan sumber minuman yang banyak.
Rumah burung walet dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walet selama 24 jam tetapi bunyi luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pagi (7.00pagi – 12 tengahari) dan petang (5.00 petang -7.30 malam).
Waktu tersebut adalah waktu yang disyorkan oleh Jab Veterina dan kekuatan bunyi (decibel) pula di antara 0.0525dB – 0.1578dB atau frekuensi 1khz – 16khz iaitu di bawah pendengaran manusia.
Selesema burung tersebar disebabkan sisa kotoran najis di atas tanah yang dimakan oleh binatang ternakan seperti ayam sebaliknya burung walet mencari makan di udara. Namun, sisa kotoran najis burung di dalam rumah burung perlu dibersihkan secara berkala bagi mengelakkan hama atau penyakit lain boleh merebak.
Lesen mengubahsuai bangunan perlu diperolehi dari pihak Majlis Daerah terlebih dahulu seterusnya pihak perunding yang dilantik perlu membuat lawatan dan penilaian ke atas rumah kedai tersebut sebelum pengiraan jumlah anggaran kos dibuat serta mengenalpasti adakah rumah burung sesuai dibina di kawasan tersebut. Anggaran kos adalah berbeza antara sesuatu tempat bergantung kepada lokasi dan kedudukan kedai tersebut.
Sarang rumah berwarna putih dan lebih bersih serta terdiri dari 85-95% air liur dengan harga yang tinggi sedangkan sarang gua biasanya berwarna hitam dan lebih kotor di mana 85% adalah bulu atau pelepahnya pada harga nisbah 1:5 lebih rendah berbanding dengan sarang rumah.
Kehidupan asal burung walet adalah burung yang terbang bebas dengan mencari makan sendiri secara semulajadi sebaliknya jika diternak, makanannya yang terdiri dari serangga perlu disediakan dan kos akan bertambah serta tidak efektif dan apabila burung tersebut meningkat dewasa ianya akan kembali membesar secara semulajadi.
Jumlah burung walet boleh dikenalpasti dengan memerhatikan dan menanda tompokan tahi burung yang terdapat di lantai, ini bermakna pada malam hari ada burung walet tidur di dalam rumah tersebut.
Sarang merah terjadi disebabkan serapan mineral dari makanan laut (kandungan zat besi yang tinggi) serta banyak terdapat di kawasan Borneo dan bukan disebabkan burung tersebut kepenatan sehingga mengeluarkan darah.
Pemangsa semulajadi bagi burung walet adalah cicak, lipas, tikus, helang, burung hantu, biawak dll tetapi manusia (pencuri sarang burung) kini merupakan pemangsa yang utama.
Rumah burung yang berjaya bukan sekadar perlu diadaptasikan suasananya seperti gua tetapi memerlukan ruang legar (rooving room) untuk berpusing atau terbang yang sesuai (minima 10’x10’) di samping sistem bunyi yang mampu menarik minat burung walet untuk bermain dan membuat sarang. Susunan kayu beluti juga perlu selari dengan ruang masuk serta banyak faktor lain lagi yang turut menyumbang kepada minat burung walet untuk berdiam.
Penggunaan bata merah (tanah liat) adalah paling sesuai berbanding bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’ kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Sebaliknya dinding ‘foam’ (campuran simen + pasir + bahan kimia) lebih digemari di kawasan pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan terbuka.
Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan dan keadaan dalam rumah burung perlu dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu meranti samada secara rak berlapis/bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah burung tersebut mestilah >8 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga dapat dituai 2x sebulan selepas tahun ke-5 dan seterusnya.
Kurangnya pengetahuan, pengalaman dan kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan sesebuah rumah burung walet. Ramai yang mendakwa seorang kontraktor binaan mampu membina sebuah rumah tetapi tidak untuk rumah burung. Rumah burung juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan berpengalaman bagi mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti bunyi dll adalah pada tahap maksima.
Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar utama sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia dan burung walet ini tidak terdapat di tempat lain sedangkan permintaannya bertambah setiap tahun.
Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah merujuk dengan jabatan yang berkaitan (JAKIM) untuk mengesahkannya.
The worthiness of an investment in ERG or any other cryptocurrency is subject to various…
Kemaskini terbaru T-Rex Miner versi 0.22.0 kini menawarkan mod unlock kad versi LHR. Dengan kemaskini…
Conflux (CFX) ialah Defi ekosistem kedepan yang melangkaui sempadan, dengan kebolehan kolaberasi pelbagai rangkaian "blockchain"…
Kriptowang ni ada beberapa perkara yang orang fikir, boleh untung ke, atau tidak. Seperti mana…
Ergo (ERG) ialah salah satu projek Proof OF Work (POW) yang berpotensi untuk menggantikan Ethereum…
Mula menceburi pelaburan kriptowang, antara perkara terawal anda perlu belajar ialah Jargon ataupun Istilah yang…
This website uses cookies.
View Comments
emm..burung walet. ini kali pertama dengar nih.. :aie: :aie:
Burung wallet aka Burung Layang-Layang..:D
enkha,
very interested!
nak tny, dekat mana(negeri) ayh kha bina rumah walit nih?
Sarawak Bumi Kenyalang :D
sy ader tanah..cne nk wt burung walit tu..modal besar x..teringin gk nk wt drpd tgk tanah tu terbiar jek..blh bg pendapat x..
Buat rumah/rekabentuk rumah walet ada cara tersendiri. Modal bergantung kepada bahan binaan yang digunakan,bina sendiri/upah contraktor serta kos-kos lain seperti sistem bunyi. Bagi saya tiada salahnya mencuba perniagaan ini kerana hasil yang lumayan bakal anda dapat...:)
saya ingin bertanya ttg keluasan 20 x20 kaki ada ka sesuai utk luas rumah burung.nak buat besarduit tiada.tapak atas bukit tpi hutan bersebelahan dgn sawah padi,sesiapa yg berminat utk berkongsi sila cl aku 0168123421
kat area mane ni bro..
salam..sy dr pahang berminat utk projek burung walit ini.sy ada tanah di ladang kelapa sawit.amat sesuai dijadikan kawasan rumah burung.berjauhan dengan rumah orang.lokasi ladang bukit.keluasan 10ekar.sesiapa yang berminat utk membina tapak atau berkongsi dengan saya sila hubungi sy.nazirul:012-9659237
email saya:secret_rul86@yahoo.com
sy berminat dgn bisnes burung walit ni tp mcm nk dapatkn modal?..ada x institusi kwangan(private or gov) yg menyediakn pinjaman untuk bakal2 usahawan burung walit yg berminat bg memulakan bisnes ini?..
boleh pergi ke agro bank... sekarang dah ada peruntukan pinjaman untuk pengusaha sarang burung walet...
saya berminat dgn bisnes burung walit tapi tahu nak mula dari mana ?
aku pernah beberapa kali menghadirkan diri dalam seminar dan talk pasal burung walet ni...tapi nak mula sampai sekarang tak cukup modal lagi.. yela..nak cari tanah lagi..hehe..tapi semua tu bukan alasan..aku akan teruskan mencari peluang.. :) :)
Teruskan usaha..memang berbaloi2..rasa kalau makin dilambatkan semakin kerugian ..
Saya ada tanah y boleh di sewa area beaufort sabah utk tapak bina sarang burung..kawasan strategik..byk burung berdekatan hutan dan sungai..boleh wtapps call d 0146734520
salam...sy berminat ttg peternakan burung walet..dh ade tanah tepi lombong..tp nk tau kos utk sebuah rumah burung keluasan 20x70x2tingkat..?? sape blh bantu... help..help..
Rasanya ada pinjaman Agro Bank..cuba tanya ..