enKHA

Siapa Enkha

Khirol Hazwan Bin Affendi atau lebih dikenali dengan Enkha @ KHA  di dunia internet merupakan anak sulung dari lima beradik.Dengan usia yang masih muda,Enkha bercita-cita untuk menjadikan arena bisnes di internet atau eBiz mampu bergerak seiringan dengan bisnes yang sedia ada(bukan internet).

Usaha untuk membuka mata rakyat Malaysia tentang potensi perniagaan internet merupakan antara objektif Enkha membuat laman web atau sesuai lagi dikategorikan sebagai blog di www.ohduit.com.Paling penting sekali,Enkha cuba ubah sikap rakyat Malaysia yang mudah terjebak dengan skim-skim cepat kaya dan seangkatan dengannya.

Mungkin kini bukan 100% rakyat Malaysia menggunakan Internet tetapi atas dasar kerajaan  mendekatkan jurang ICT di kalangan rakyat,mungkin keadaan berbeza beberapa tahun lagi.Tambahan lagi Kha sebenarnya berasal dari kawasan yang hampir pedalaman di Sarawak.Tetapi itu semua bukan alasan,internet “is no limit” untuk sesiapa sahaja.

Pada masa sekarang Enkha masih lagi melanjutkan pelajaran di jurusan Kejuruteraan Mekatronik di Unimap.Kesibukan kuliah dan aktiviti lain universiti menyebabkan Enkha cuba mengoptimakan masa yang ada untuk berada  dalam arena keusahawan internet.Enkha sedar golongan remaja terutamanya,suka melayari internet untuk berhibur.Oleh itu,apa salahnya jika dijadikan internet itu sebagai sumber untuk menjana pendapatan sampingan di samping untuk berhibur.

Semoga apa yang ditulis oleh Enkha di blog ini akan memberi manfaat kepada kita semua.

No Responses to "enKHA" {+}


Leave a Reply

a

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:


Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.