Percayakah anda dengan komunikasi yang baik dalam eBay akan mampu menyelamatkan diri anda daripada mendapat Feedback negative? Kha sangat setuju dengan pernyataan ini kerana dengan komunikasi yang bagus Kha dapat meyelamatkan diri daripada mendapat negatif feedback. Malah balasannya Kha mendapat positive feedback! Kisah yang berlaku ini sebenarnya telah berulang kali berlaku. Tetapi kali ini kisahnya menarik sedikit.
Suatu hari Kha menerima email daripada buyer menyatakan bahawa barang yang diterima tidak menepati description jualan. Pandangan pertama Kha menyatakan bahawa buyer Kha ingin scam kan Kha.
Mana tidak barang tersebut baru sahaja seminggu order . Kebiasaannya tidak pernah barang sampai dalam masa seminggu. Sangat mustahil!Itulah dalam fikiran Kha. Kha terus balas email buyer tersebut dengan menyatakan dia ingin scam kan Kha. Kha menanti balasan email tersebut dengan penuh debaran.
Bangun pagi Kha cek Inbox email. Buyer Kha telah balas. Nampaknya buyer tersebut sangat marah dengan Kha. Manakan tidak,Kha menyatakan dia scammer. Malah buyer Kha pula cop Kha sebagai scammer. Buyer tersebut ugut akan report dengan eBay dan ingin beri negative feedback.
Kha minta buyer proof barang telah sampai dan tidak menepati description. Buyer reply lagi dengan link-link gambar. Hasilnya Kha dapat gambar berikut berserta gambar-gambar lain sebagai bukti.
Sah! Kha silap. Memang buyer Kha betul. Buyer mahukan full refund. Tanpa banyak soal Kha refund sahaja duit dia. Kha tahu Kha akan rugi tetapi sabar sahaja dengan semua itu.
Kha teruskan lagi berkomunikasi dengan buyer mengaku kesilapan Kha dan disertakan dengan pelbagai ayat-ayat manis yang lain. Hasilnya,Kha mendapat Feedback Postive!
OK! Good Communication. No problem! +++
Lega semua itu telah berakhir. Selamat Kha daripada negative feedback. Kalau Kha di tempat buyer Kha pun pasti sangat marah kerana dapat item yang sangat teruk seterusnya dicop pula sebagai scammer. Nasib baik semua ini diselamatkan dengan komunikasi yang baik & berkesan.
Jadi kesimpulannya, berkomunikasilah dengan baik serta balas email-email buyer anda dengan segera. Kisah anda pula bagaimana?
Norizwan says
Dalam niaga eBay ini komunikasi sudah pasti penting untuk merunding barang2 yang diperlukan…setakat ini alhamdulillah aku selamat dari negative feedback…
enkha says
Minta-mintalah kita semua dijauhkan negatif feedback..lagipun sebagai eBayer yang serius,reputasi itu sangat penting..