Memulakan pernigaan tanpa merancang merupakan satu bala. Pepatah English ada menyatakan bahawa ‘Fail to Plan is Plan to Fail’. Untuk yang betul betul-betul serius ingin membuka perniagaan sendiri menulis Rancangan Pernigaan (RP) merupakan satu keperluan & penting.
1. MEMBERI PELUANG KEPADA USAHAWAN UNTUK MELIHAT DAN MENILAI PERNIAGAAN SECARA OBJEKTIF, KRITIKAL DAN PRAKTIKAL
Kejayaan bergantung kepada perancangan usahawan. Menyediakan RP dapat merancang perlaksanaan perniagaan dengan teratur.
Kegagalan boleh berlaku jika berpandukan cetusan rasa, emosi dan perasaan hati – keputusan diambil tidak objektif dan tidak rasional.
2. MENGKAJI DAN MENILAI SAMA ADA PERNIAGAAN YANG AKAN DIJALANKAN BERDAYA MAJU ATAU SEBALIKNYA
RP Sebagai pengukur sesuatu perniagaan kerana ianya mengambilkira kajian dan analisis mendalam dalam proses penyediaan RP
Maka usahawan dapat menilai perniagaan yang akan dijalankan sama ada berdaya maju atau sebaliknya. Dengan ini usahawan dapat membuat pilihan untuk meneruskan atau mencari alternatif lain
3 .MEYAKINI PIHAK TERTENTU BAGI MENDAPATKAN SUMBER PEMBIAYAAN KEWANGAN
RP Membantu usahawan untuk menerangkan viabile atau tidak viabile perniagaannya kepada pihak tertentu. Dengan ini pihak berkenaan dapat membiayai perniagaan tersebut.
Dalam aspek ini pihak yang mempunyai minat untuk membiayai perniagaan yang berdaya maju ialah institusi kewangan, pelabur, pembekal dan agensi-agensi kerajaan tertentu
4. MENJADI GARIS PANDUAN UNTUK MENGURUS PERNIAGAAN SEHARIAN
Dalam RP terdapat perancangan dan panduan untuk mengurus perniagaan seharian.
Usahawan dapat memastikan perlaksanaan perniagaan selaras dengan perancangan yang terdapat dalam rp.
Ini membolehkan usahawan mengatur strategi perniagaan dengan lebih berkesan
5. MENGAGIHKAN SUMBER PERNIAGAAN DENGAN LEBIH BAIK
Sumber-sumber perniagaan dalam terhad. Maka sumber ini perlu diagihkan dengan betul bagi mendapat pulangan yang optima dan mengelak pembaziran.
Sekian salam bisnes dari Kha 🙂
zik says
Setuju, kita kena pandai strategies what we need to, in order to achieve our target. Kalau tak berjaya pun.. tak mengapa, jangan mudah putus ada.