Sekarang ini jarang sudah saya dengar ada produk panduan eBay dilancarkan. Namun bergitu sepanjang saya berniaga di eBay, berikut ialah panduan eBay terbaik yang pernah saya beli. Saya katakan sebagai panduan eBay terbaik sebab, produk panduan tersebut betul-betul berguna untuk menjana pendapatan internet dari eBay.
Namun begitu, kebanyakan produk panduan ebay terbaik ini sudah tidak lagi dijual. Jadi sesiapa yang baru nak berjinak dengan bisnes eBay, anda munkin kerugian! Walau bagaimanapun, ada boleh cuba cari produk-produk panduan eBay yang masih lagi dijual. Mari kita lihat senarai panduan eBay terbaik pada pengalaman & pendapat peribadi saya.
Panduan & Teknik Rahsia Ebay
Panduan pertama yang saya beli (berkongsi dengan rakan) dengan harga promosi RM50. Kira modal untuk beli panduan eBay ini hanyalah RM25 dan hasilnyasudah mencapai puluhan ribu ringgit untung dari eBay. Ebook ini merupakan produk dari Sifu Lan, dan antara yang panduan eBay paling terbaik antara yang lain. Namun begitu berita buruknya, produk ini tidak ada lagi dijual.
Rempit eBay Versi 1 dan Versi 2
Rempit eBay telah mengajar saya pelbagai teknik advance dalam eBay. Sewaktu produk ini mula dilancarkan, kami geng seller eBay rempit habis-habisan di eBay. Hasilnya, sampai sekarang eBay ada Selling Limit policy. Produk Rempit eBay masih dijual jika berminat nak beli.
DVD Rempit Ushawan eBay Berhingus
Produk panduan eBay terbaik sepanjang zaman. Sesiapa yang beli ini, lengkap sudah pelajaran eBay dia. Saya katakan produk panduan eBay terbaik sebab, anda akan belajar eBay secara visual dan audio melalui video yang ada dalam DVD ini. Namun begitu, berita buruknya, panduan eBay ini tidak lagi dijual.
Panduan eBay Lain
Semua panduan eBay yang lain juga terbaik. Sebab bagi saya, apa jua ilmu yang baik semuanya bagus. Senarai diatas merupakan panduan ebay terbaik dalam koleksi peribadi saya.
akramin says
kat mana nak beli panduan ebay tersebut
akramin says
Kenapa sekarang sudah tak de produk terbaru panduan ebay?.adakah meniaga ebay sekarsng sudah kurang menguntungkan?
Khirol Hazwan says
Masih untung. Mungkin sebab ramai sudah tidak mahu konsi teknik-teknik terbaru ebay 🙂
reezluv says
hati kena cekal buat Ebay ni…dah terpaksa tinggalkan..memang tak sesuai dengan jiwa..:D