
Untuk memastikan kejayaan jualan di eBay,masa untuk listing sangatlah memainkan waktu peranan yang sangat penting.Hal ini kerana waktu anda listing merupakan waktu auction barang jualan anda akan tamat.Panduan ini merupakan khas ditujukan kepada newbie eBay yang telah berani maju setapak ke hadapan dengan memulakan jualan pertama di eBay!
Pemilihan waktu yang sesuai adalah bergantung kepada keativiti serta kesesuaian pasaran anda sendiri.Namun begitu,secara umumnya hari Ahad merupakan hari dimana palingĀ ramai pengguna akan melayari eBay dan membeli belah di eBay.Pada hari Ahad dan pada masa dari pukul 6.pm-9.00pm,merupakan waktu puncak iaituĀ di mana transaksi jual beli paling banyak berlaku.
Akibat perbezaan waktu antara US dengan Malaysia,sedikit pengiraan perlu dilakukan untuk tahu waktu sesuai untuk yang barada di Malaysia memulakan listing barangan.
Baiklah katakan target jualan ialah untuk tamatkan auction pada hari Ahad pukul 6.00pm-9.00pm waktu US.Ebay pula hanya memberikan pilihan empat tempoh auction yang berbeza iaitu 3 hari,5 hari,7 hari dan 10 hari.
Oleh itu waktu sesuai untuk listing ialah seperti berikut pada waktu Malaysia:
Untuk 7 Hari:Hari Isnin pukul 9.30 a.m – 11.30 a.m.
Untuk 5 Hari: Hari Rabu pukul 9.30 a.m – 11.30 a.m.
Untuk 3 Hari: Hari Jumaat pukul 9.30 a.m – 11.30 a.m.
Untuk 10 Hari: Hari Jumaat pukul 9.30 a.m – 11.30 a.m.
Tetapi semua ini merupakan auction yang berakhir untuk hari Ahad sahaja.Jika anda inginkan auction berakhir pada hari lain,anda boleh try & error.
Akhir sekali Kha mengharapkan yang baru nak memulakan eBay mendapat faedah daripada panduan masa listing ini.Untuk pengetahuan anda,info ini Kha ambil daripada forum Wang Cyber iaitu dalam thread iaitu Diari Usahawan eBay Berhingus.
Dalam post tersebut,jika diselak semuanya segala rahsia eBay ada.Tuntasnya,ambil lah masa anda dengan membaca.Sekian dulu
Related posts:
Copyright © Viva-licious 2009. All Rights Reserved.
No Responses to "Panduan Masa Listing Barang eBay di Malaysia" {+}