Untuk memastikan kejayaan jualan di eBay,masa untuk listing barang memainkan peranan yang sangat penting. Hal ini kerana waktu anda listing merupakan waktu barang jualan anda akan tamat. Perkara ini yang akan menentukan barang akan terjual atau tidak!
Panduan ini merupakan khas buat newbie eBay. Tahniah buat diri anda kerana telah berani maju setapak ke hadapan dengan memulakan jualan pertama anda di eBay!
Tiada peraturan khas untuk waktu listing barang eBay. Semuanya bergantung kepada kreativiti,kajian serta kesesuaian pasaran niche jualan anda sendiri.
Namun begitu,peraturan pertama yang anda harus ikut ialah mengenalpasti waktu puncak “Peak Time” atau waktu di mana pengguna internet paling ramai.
Secara teorinya hari Ahad di US merupakan hari dimana paling ramai pengguna akan melayari internet dan membeli belah di eBay. Julat masa 6.pm-9.00pm, merupakan waktu di mana transaksi jual beli paling banyak berlaku di eBay.
Akibat perbezaan waktu antara US dengan Malaysia, sedikit pengiraan perlu dilakukan untuk mengetahui waktu sesuai untuk seller yang barada di Malaysia memulakan listing barangan.
eBay pula memberikan 4 pilihan tempoh masa berbeza untuk memaparkan jualan anda iaitu 3 hari,5 hari,7 hari dan 10 hari.
Oleh itu setelah dibuat pengiraan ,waktu yang sesuai untuk listing ialah seperti berikut pada waktu Malaysia ialah:
-
Untuk 7 Hari:Hari Isnin pukul 9.30 a.m – 11.30 a.m.
-
Untuk 5 Hari: Hari Rabu pukul 9.30 a.m – 11.30 a.m.
-
Untuk 3 Hari: Hari Jumaat pukul 9.30 a.m – 11.30 a.m.
-
Untuk 10 Hari: Hari Jumaat pukul 9.30 a.m – 11.30 a.m.
Akhir sekali Kha mengharapkan yang baru nak memulakan eBay mendapat faedah daripada panduan masa listing ini. Sekian dulu dari Kha. Salam bisnes 🙂
Gurl says
1st!
Enkha says
2nd! ;D
nur says
bro. masa yang dinyatakan ni boleh guna utk listing di ebay australia tak?
zaimi says
Salam bro, mau tanya,apa yg bro bagitau adalah waktu listing kt ebay us bkn? Bagaimana dgn ebay malaysia, pukul berapa yg sesuai utk listing kt ebay malaysia?
Donte says
Appreciation for this ifonrmation is over 9000thank you!
Jajat says
Setuju sekali, untuk mendapatkan penjualan kita harus pintar-pintar berjualan pada waktu yang tepat., orang yang tepat dan tempat yang tepat.
Jajat recently posted…Panduan SEO