Produk panduan ebay yang tengah hangat kini iaitu Rempit eBay Versi 2 dari Sifu Rempit Saifulnizam sudah di lancarkan pada 12 Jun lepas. Sebagai antara pembeli terawal, Kha akan tulis sedikit review tentang produk panduan cari duit dari internet ini. Mungkin anda masih antara dua sama ada nak beli atau tidak pada masa sekarang. Diharapkan dengan review dari Kha akan berikan sedikit idea,dorongan,dan pencerahan untuk beli atau tidak.
Pertama sekali, produk Rempit eBay Version 2 ialah berbentuk ebook dan bukannya video. Namun begitu segala penerangan diterangkan dengan jelas berserta gambar. Mudah untuk anda ikuti teknik “Smart eBay” yang ada dalam panduan rempit eBay ini.
Rempit eBay Versi 2 itu sendiri dibahagikan kepada dua modul iaitu Modul 1 dan Modul 2. Oh! ya, panduan REV2 ini Kha kategorikan khas buat seller eBay yang telah pun faham dan tahu asas-asas eBay. Sebabnya tiada panduan-panduan asas seperti pendaftaran eBay dan Paypal disediakan. Namun begitu jika anda betul-betul newbie, anda boleh dapatkan Rempit eBay Versi 1 yang diberi tawaran harga istimewa dari saudara Saifulnizam.
Kandungan yang anda akan dapat sangat berbaloi untuk tambahkan ilmu eBay anda. Baiklah Kha akan ceritakan secara ringkas apa yang ada dalan REV2. Anda akan diberikan satu laman pemborong dan dropship dari China. Kemudiannya, Saifulnizam akan akan ajar anda cara nak optimumkan penggunaan supplier tersebut termasuk cara nak daftar,’deal’ dan mencari niche jualan. Satu niche panas didedahkan dalam Rempit eBay Version 2!
Seterusnya, panduan REV2 menerangkan penggunaan laman rangkaian sosial untuk mengoptimumkan jualan eBay. Kemudian satu cara mencari niche panas dari laman web tempatan juga didedahkan.Teknik menggunakan rangkaian social seperti Facebook,Twitter dan Pinterest untuk menjual produk dan niche panas turut diajar dalam panduan eBay ini.
Akhir sekali anda akan diajar cara penggunaan laman alternatif eBay untuk melepaskan diri anda dari kemelut selling limit eBay. Turut diajar juga bagaimana nak gabungkan laman alternatif eBay tersebut dengan pemasaran melalui Facebook. Bonus tentang cara mudah nak dapatkan facebook LIKE dan pengikut Twitter juga disertakan. Pakej lengkap internet marketing anda.
Akhir sekali, turut disertakan One Time Offer (OTO) iaitu panduan Amazon. Jika anda berminat nak belajar tentang laman Amazon boleh lah beli. OTO ini ialah optional. Anda boleh abaikan jika tidak berminat.
Jika anda serius berbisnes di eBay, sudah pasti harga bukan masalah untuk anda. Apa jua ilmu eBay yang halal pasti anda akan sanggup laburkan. Masih ragu-ragu? Lawati dulu sales page Rempit eBay Version 2.
minat jg nak buat ebay…
ebook sesuai ke utk newbie..?
boleh ke newbie buat rempit ebay hanya berpandukan ebook ni?
eBook sesuai untuk yang dah biasa dengan eBay. Untuk newbie kurang digalakkan sangat sebab tiada panduan asas disertakan dalam modul rempit eBay 2.
Mcmane nak jual barang mcm jersi, rayban, dan jenama lain yang tiru, blh niaga ke?
azmil recently posted…Great support from Prime Minister to Harimau Malaya
Boleh ja 😀
Salam tuan….macamana nak beli panduan ebay rempit 1 dan 2? Saya nak tahu lebih lanjut.
Rasanya tidak dijual lagi dah tuan
Khirol Hazwan recently posted…Cara Untuk Dapatkan Terbaik Dari Pengubahsuaian Rumah Anda
Tak kan dah takde copy.