Categories: Bisnes Online

Panduan Ringkas Neobux Buat Duit Online Sambil Berfacebook

Salah satu cara buat duit online yang mudah patut anda cuba. Neobux menjanjikan pulangan yang lumayan jika anda tahu strategi yang betul serta panduan dari player tegar Neobux. Kha  turut terjebak dengan program PTC (Pay To Click) Neobux ini sejak akhir bulan Mac. Apa yang pasti jika anda tahu cara bermain dan sanggup keluarkan sedikit modal, pasti anda akan dapat menjana pendapatan lumayan dari internet sambil anda melayari Facebook!

Pada asalnya Kha ingin tulis dan buat ebook ringkas tetapi akhirnya putuskan untuk tulis di blog ini sahaja. Jom belajar cara buat duit dengan cara mudah melalui Neobux.

Neobux ialah satu laman yang membayar duit kepada anda jika anda kelik iklan yang dipaparkan di website mereka. Ini dinamakan sebagai  PTC (Pay to Click). Lagi banyak anda kelik lagi banyak duit yang anda akan dapat. Lihat jadual di bawah. Jadual menunjukkan pendapatan yang anda akan dapat dari setiap kelik.

Setiap pendaftaran baru akan mendapat keahlian ‘standard’.  Setiap kelik anda akan dibayar dengan jumlah jumlah seperti dalam jadual di atas. Sebelum anda sertai program PTC ini, berikut ialah antara persediaan yang anda perlu ada atau sediakan:

1. Mempunyai talian internet sendiri (broadband/streamx/lain-lain ISP).

Jangan guna talian internet yang dikongsi kerana Neobux akan ban akaun yang menggunakan IP address yang sama. Contoh talian internet yang dikongsi ialah Wifi percuma, talian internet kampus/universiti,serta VPN (Virtual Private Network)

2. Mempunyai akaun PayPal.

Ini sahaja option mudah untuk anda dapat bayaran hasil Neobux. Cara memohon Paypal paling mudah ialah menggunakan kad visa Maybank.

Anda boleh cari sendiri panduan pendaftaran PayPal. Berlambak tutorial di internet. Jika anda telah mempunyai akaun paypal yang aktif, tahniah! Anda telah bersedia untuk menyertai program mudah Neobux.

[hr]

Pendaftaran Neobux
Selesai dua perkara di atas. Anda boleh terus ke pendaftaran Neobux.
1. Pendaftaran di Neobux ialah semudah mana-mana pendaftaran akaun di internet.
2. Pastikan anda menggunakan email yang sah untuk pendaftaran.
3. Pedaftaran boleh dibuat melalui link berikut.

Daftar Neobux Sekarang

3. Isi semua maklumat dengan lengkap,termasuk alamat Paypal anda (email address yang anda guna untuk pendaftaran Paypal)
6. Selesai pendaftaran anda telah boleh mula buat duit dengan hanya kelik-kelik iklan!

[hr]

Pengiraan waktu untuk kelik iklan/waktu server
Selesai pendaftaran di Neobux. Perkara pertama yang anda perlu buat ialah mengira waktu kelik(sesetengah orang panggil waktu server). Cara pengiraan ialah anda hanya perlu guna tool berikut.

Muat Turun Tool 

Buka tool pengiraan terserbut. Ada tiga bahagian utama iaitu Server Time,Local Time dan Advertisement reset time. 

Maklumat tersebut ada pada bahagian ‘View Advertisement’ apabila anda masuk ke akaun anda.

1. Kelik pada View Advertisement dalam akaun anda.

2. Bahagian kiri atas ialah Advertisement Reset Time (dalam sistem 24 jam)
3. Bahagian atas kanan ada The Current Server Time (dalam sistem 24 jam juga)
4. Catatkan kedua-dua waktu ini dalam notepad/kertas
5. Local Time ialah waktu jam pada jam pc anda. Pastikan tepat dengan synchronize ke internet time.
6. Dapat tiga perkara itu, masukkan dalam tool pengiraan yg anda download tadi.

7. Akan ada  dua waktu kelik hasil pengiraan menggunakan tool di atas. Contohnya dari 2100 ke  0459 & 0500 ke 2059)
8. Ambil  waktu terpanjang,contohnya pilih yg 0500 ke 2059 untuk dijadikan waktu untuk anda wajib kelik.

Selesai pengiraan dan anda sudah tahu ‘waktu kelik@server time’ anda boleh mulakan kerja kelik-kelik.

[hr]

Berikut ialah contoh jenis-jenis iklan di Neobux:

Anda wajib kelik iklan berwarna oren- Fixed Advertisement ( ada 4 sahaja) setiap hari..

Apa pentingnya kelik di waktu kelik/waktu seber?
Jika anda masih belum menyewa referer waktu tidaklah penting untuk anda kelik pada waktu server. Anda boleh kelik setiap masa yang anda mahu. Akan tetapi jika anda sudah menyewa referer anda wajib kelik 4 iklan (iklan oren) pada waktu server. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan anda tidak mendapat komisen dari rented referer anda.

[hr]

Teknik buat duit online dari Neobux tanpa modal.

Mula kelik iklan setiap hari dengan sekurang-kurangnya 4 iklan sehari. Jangan sesekali terlepas kelik. Nilai yang ada dapat mungkin sedikit tetapi jangan cepat berputus asa. Teruskan kelik iklan setiap hari (sambil melayari Facebook) sehingga jumlah terkumpul mencapai $0.60. Anda mungkin mengambil masa sehingga 120 hari.

0.001 per ad x 5 ads sehari x 120 hari = $0.60

Jika anda telah mencapai $0.60 mulakan langkah seterusnya iaitu menyewa referer atau Rented Referer (RR). Dengan adanya RR anda akan dapat duit hasil daripada kelik RR. Secara standardnya anda akan dapat 0.005 per kelik daripada setiap RR.

Referral clicks:
0.005 per ad x 4 ads a day x 3 rented referrals = $0.06 sehari
Jumlah pendapatan sehari: $0.06 sehari

Langkah seterusnya ialah dapatkan seberapa banyak RR. Jika main balance anda telah mencapai $0.60 teruskan menyewa tiga lagi RR. Semakin hari, hasil kutipan duit anda semakin banyak. Jadi anda boleh menyewa lebih RR dalam pakej yang lebih besar. Pakej RR ada dalam saiz 3,10,20,40, dan lain-lain. Dapatkan RR sehingga mencapai jumlah 300 RR.

Semua proses ini memerlukan masa beberapa bulan untuk dilakukan. Kesabaran anda kunci utama kejayaan disini. Berikut ialah kiraan pendapatan dengan 300 RR yang aktif setiap hari.

Referral clicks
0.005 per ad x 4 ads a day x 300 referrals = $6 per day
Total earnings: $6 per day
Jumlah pendapatan sebulan: $6×30=$180

Apabila mencapai 300 RR, berhenti membeli RR dan jaga setiap RR yang ada ada. Setiap RR yang tidak aktif anda gantikan dengan RR yang baru (recycle). Teruskan proses ini sehingga anda mencapai $90 dalam main balance akaun Neobux anda. Duit tersebut anda gunakan untuk menaik-taraf keahlian anda kepada Golden Member.

Apabila telah mecapai keahlian Golden Member (GM) hasil pendapatan daripada RR anda akan bertambah. Anda akan dapat 0.01 setiap kelik oleh RR anda (sebelum ini hanya 0.005). Selain itu, harga kelik anda sediri juga bertamah ke 0.01 berbanding sebelumnya iaitu 0.001!. Berikut ialah anggaran pendapatan anda sekarang:

Referral clicks
0.01 per ad x 4 ads a day x 500 referrals = $20 per day
Personal clicks
0.01 per ad x 10 ads a day = $0.10 per day
Total daily earnings: 20.00 + 0.10 = $20.10 per day
Jumlah pendapatan sebulan : $20.10×30=$603

Pada masa ini, anda pasti berasa tak sabar nak keluarkan hasil neobux anda. Saya cadangkan, teruskan bersabar sehingga RR anda mencapai jumlah 2000 ke atas. Pada masa ini anda boleh mencapai anggaran pendapatan $30 ke $40 sehari!

Jumlah pendapatan yang terlalu sedikit setiap hari?
Pendapatan hasil kelik sendiri pasti terlalu sedikit bagi anda. Kelebihan kelik sendiri ialah ianya 100% percuma. Jika anda serius dengan Neobux, saya sarankan anda menyewa referer dengan modal sendiri. Jika anda menyewa referer anda akan dapat menjimatkan masa dan anda pasti boleh dapat pendapatan lumayan dengan cepat.

Sebenarnya ada banyak lagi anda perlu tahu jika serius nak belajar buat duit melalui Neobux. Forum di WangCyber ialah salah satu sumber ilmu untuk anda belajar lebih lanjut tentang Neobux. Semoga anda akan dapat idea baru nak mencari duit dari internet!

Daftar Neobux Sekarang

Khirol Hazwan

Khirol Hazwan bin Affendi ialah pengasas dan penulis di ohduit.com.

Leave a Comment

View Comments

Recent Posts

Invest Ergo ERG in 2024?

The worthiness of an investment in ERG or any other cryptocurrency is subject to various…

4 months ago

T-Rex Miner Unlock GPU LHR 70% Hashrate

Kemaskini terbaru T-Rex Miner versi 0.22.0 kini menawarkan mod unlock kad versi LHR. Dengan kemaskini…

3 years ago

Conflux CFX Naik Lebih 140% Dalam Sehari

Conflux (CFX) ialah Defi ekosistem kedepan yang melangkaui sempadan, dengan kebolehan kolaberasi pelbagai rangkaian "blockchain"…

3 years ago

Hasil Pelaburan Kriptowang

Kriptowang ni ada beberapa perkara yang orang fikir, boleh untung ke, atau tidak. Seperti mana…

3 years ago

Cara Mining Kriptowang Ergo (ERG) di PC Gaming

Ergo (ERG) ialah salah satu projek Proof OF Work (POW) yang berpotensi untuk menggantikan Ethereum…

3 years ago

Jargon Kriptowang Yang Perlu Anda Tahu

Mula menceburi pelaburan kriptowang, antara perkara terawal anda perlu belajar ialah Jargon ataupun Istilah yang…

3 years ago

This website uses cookies.