Entri kali ini merupakan kesinambungan daripada post minggu lepas.Kali ini kita akan beralih kepada teknik yang seterusnya. Jika sebelum ini Kha berbicara mengenai “Title jualan”,kali ini mari kita maju setapak lagi kepada aspek foto atau gambar barang jualan.
Pepatah mengatakan bahawa gambar memberi berjuta tafsiran dan mencritakan ribuan cerita. Apa yang pasti pepatah ini betul kerana gambar jualan yang efektif adalah salah satu teknik jualan eBay yang paling berkesan.
Ketahuilah fakta bahawa pembeli kebanyakannya tidak berminat untuk membeli jualan eBay yang tiada gambar!! Baiklah biar Kha kongsikan apa yang kita perlu buat dengan gambar produk.
1. Gambar Yang Jelas & Nampak Professional
Jika anda menjual produk fizikal anda sendiri,pastikan gambar yang diambil adalah jelas dengan lata r belakang gambar yang kosong ,serta pencahayaan yang baik. Jika perlu dapatkan khidmat jurugambar yang professional.
Jika anda mampu mengambil sendiri gambar produk,sebaiknya gambar yang diambil adalah dalam jarak yang dekat, pelbagaikan sudut yang menarik dan cuba gunakan sekurang-kurangnya dua sumber pencahayaan supaya gambar dapat diambil dengan lebih teliti. Sebaiknya gunakan “Light Tent” untuk hasil terbaik.
Untuk yang pakar menggunakan perisian Adobe Photoshop,anda bolehlah melakukan sedikit final touce pada gambar yang telah diambil.
2. Gambar, Identity & Style Sendiri
Elakkan meniru gambar jualan daripada penjual eBay yang lain atau pembekal atau mana-mana gambar yang ada hak cipta hak cipta. Apatah lagi barang yang termasuk dalam kategori VERO. Jika dihidu oleh eBay,akaun anda mugkin akan di”suspend” oleh eBay atau lebih teruk lagi terus tidak dibenarkan berjual di eBay.
Cuba ciptakan gambar jualan yang unik dari seller yang lain. Bila nampak ada kelainan buyer mesti tertarik untuk melihat dan kemungkinan untuk membeli.
3. Sudut 360
Ambil gambar dari pelbagai sudut! Perlu ingat bahawa pembeli bukannya dapat pegang barang jualan. Jadi cuba letakkan gambar dengan lebih detail dari pelbagai sudut supaya pembeli lebih yakin & berminat untuk membeli.
Jika barang yang dijual mempunyai sebarang kecacatan,jangan lupa masukkan gambar bahagian tersebut. Jangan sembunyikan sebarang kerosakan atau kelemahan daripada pengetahuan pembeli. Jika tidak anda akan bakal dihadiahkan “Negative Feedback”!
Masukkan sekali gambar tag,label, atau kotak produk jualan jika rasa diperlukan.
4. eBay Upgrade Listing VS Free Image Hosting
eBay secara umumnya mengenakan fee tambahan jika meletakkan gambar lebih daripada satu. Lain pula jika anda pengguna eBay Stores. Anda boleh memasukkan 12 gambar secara percuma. Sila sentiasa rujuk eBay updates untuk tahu lebih lanjut.
Salah satu cara untuk mengelakkan daripada membayar fee lebih ialah dengan menggunakan Free Image Hosting seperti Photobucket. Dengan hosting gambar percuma ini,anda akan dapat memasukkann seberapa banyak gambar pada description barang jualan.
5.Optimumkan Saiz Gambar
Jika anda hosting gambar sendiri, fail gambar itu sebaiknya dalam format progressive JPEG. Format ini membolehkan gambar keluar secara berperingkat. Maknanya gambar dipaparkan semakin jelas berkadaran dengan masa. Jika format JPEG biasa, gambar tidak akan keluar selagi tak habis loading.
Pelu ingat semua pengguna eBay bukannya menggunakan internet jalur lebar yang laju. Jika gambar tak muncul-muncul, akhirnya pembeli tekan butang BACK dan anda hilang SALE!
Facebook Comments