Agaknya beberapa ramai lagi yang masih menggunakan blogspot atau wordpress.com untuk berblog.KHA pada mula-mula dulu pun iaitu awal tahun ini memulakan blog dengan menggunakan sumber percuma tersebut.
Namun begitu melalui pembacaan dan ebook ramai yang mengesyorkan untuk menggunakan wordpress sebagai platform untuk berblog.Pada mulanya KHA buat endah tak endah sahaja,maklumlah KHA waktu tu tak tahu apa-apa pasal web hosting,domain name, apatah lagi nak install WordPress.
Dengar dengar kata orang install wordpress tu sangat senang.Timbul lah pula persoalan ketika itu.Betul ke tak.
Kebetulan ketika itu ada seorang sahabat lama KHA(time matrikulasi dahulu) pun berminat nak buat duit online melalui program Adsense. Lagipun time tu KHA yang ajak dia.KHA tahu diatu agak pakar gak dalam membuat website,kerana sebelum ini memang dia ada website sendiri tetapi dah down dah. Lepas tu,KHA pun tengoklah blog yang dia buat.
Fuh,cun gila blog yang dia buat menggunakan wordpress.KHA pun mintalah lah dia ajar sikit-sikit camner nak buat.
Lagipun waktu tu KHA masih lagi menggunakan blogspot.Dia pun bagilah satu website hosting percuma kat KHA.
KHA pun daftarlah hosting percuma tu.Pertama kali KHA blur.Langsung tak tahu pa menda FTP,PHP,MySQL dan lain-lain.Sibuk dengan kuliah,KHA lupakan semua tu sekejap.
Lepas tu,tak beberapa lama kemudian web hosting yang kawan KHA guna tu down.Huhuhu..itulah barang percuma.
Kita tak tahu sampai bila akan bertahan.Lepas tu,kebetulan cuti selama 3 hari.Waktu itulah yang KHA amabil untuk mengkaji semuanya mengenai wordpress dan hosting.
KHA mulakan dengan mencari domain nama percuma.Akhirnya KHA pun tertarik untuk menggunakan domain co.cc.
Misi mencari domain nama selesai,KHA teruskan dengan menari hosting percuma.
Akhirnya KHA terjumpa 000webhsoting.com yang menawarkan ciri-ciri yang agak bagus untuk kategori percuma.
Selepas itu,KHA pun mulakan misi untuk install wordpress.
Sayangnya ketika itu,Fantastico Auto Installer pada weh hosting tak dapat digunakan,maklumlah PERCUMA.
KHA pun belajarlah install step-by-step wordpress berdasarkan tutorial pada laman web wordpress.org.
Setelah mencuba beberapa kali barulah menjadi.Time tu memang best gila,bangga sorang-sorang kerana dapat install wordpress tanpa bantuan orang lain atau orang ajar.
Semua melalui pembaca KHA sendiri.
Begitulah pengalaman KHA pertama kali install wordpress.
Semuanya memerlukan masa TIGA hari KHA untuk membuat semua itu,walhal kalau diikutkan intall wordpress bawah LIMA minit pun dapat.
Sekarang ini barulah KHA faham apakah semua FTP,PHP,MySQL dan sebagainya.
Kesimpulannya,nak belajar sesuatu perkara kita tak lari dari MEMBACA bahkan wahyu pertama yang diturunkan juga menyuruh kita MEMBACA.
Sekian.
Hero Borneo says
punyai keinginan yang kuat untuk guna WP..
Hero Borneo recently posted…Best Mobile Peluang Terbaik 2015