Assalamualaikum…
Ini merupakan post pertama dr sy ‘wms@wan‘ tentang pengalaman wan terlibat dlm pembukaan booth di KB Mall di Kelantan sbg projek manager bg pihak abg wan sendiri…walaupun ianya bukan perniagaan internet namun ia adalah aplikasi dari kemudahan internet yg diperoleh pada hari ini…cth pembukaan booth wan pada hari raya lepas adalah booth crocs…wan ambil kesempatan membuka booth pn disebabkan survey yg dijalankan di internet yg mengatakan org KL ni ‘gile CROCS‘ skrng ni…then bile cuti rayelah ramai org KL turun Kelantan…so nilah masenye wan pau dieorang….hahahaa…tp jgn salah paham pulak wan jual pn dgn harga lebih murah dr butik dan yg paling penting ORI…
Pengalaman membuka booth sebenarnya ibarat membuka kedailah. Kedai offline sama sekali agak jauh berbeza dengan kedai online. Wan akui, kos membuka booth juga agak tinggi tambahan jika booth itu dibuka di pasaraya besar.
Kos terbesar adalah sewa kedai itu sendiri. Kos kadangkala ibarat tidak masuk akal. Sebagai contohnya dengan saiz sekitar 10? x 10?, ada pasaraya yang mengenakan caj sehingga RM360 sehari.
Kos ini tidak termasuk gaji pekerja, rak booth, dan kadangkala syarat-syarat pasaraya seperti pemasangan karpet sendiri. Kos ini perlu dihitung sebelum anda membuat keputusan untuk membuka booth.
Adakah keuntungan produk anda berbaloi dengan kadar sewa yang dikenakan. Berbaloikah dengan demografi trafik yang berkunjung ke tempat itu? Semua itu anda perlu kaji. Wan sendiri sebelum memberikan green light, wan akan turun sendiri melihat trafik pada hari biasa dan pada hari minggu. Lihat dimana kawasan tumpuan orang datang, pintu masuk dan booth sedia ada di pasaraya tersebut.
Semua ini boleh dijadikan indikator sebelum anda menekan button “proceed”!
Apabila membuka booth, antara tips yang wan dapati adalah anda perlu mempersembahkan kedai anda secara professional. Tambahan jika anda membuka ditempat yang agak eksklusif dimana tempat itu dilawati golongan yang berduit juga. Apabila wan menyebut professional, anda perlu memahami maksud tersebut. Ia merangkumi persembahan booth dan juga persembahan diri penjual.
Hari ini wan ingin menulis berkenaan persembahan diri penjual. Antaranya adalah wan pernah membiarkan pekerja wan datang bekerja dengan berpakaian biasa sahaja. Biasanya, mereka dibekalkan dengan t-shirt eksklusif produk yang dijual. Tetapi, disebabkan wan mahu melihat perbezaan hasil, wan memberitahu pekerja untuk tidak memakai t-shirt produk yang ingin dijual.
Hasilnya memang berbeza. Apabila pekerja wan memakai t-shirt yang tertampang logo produk atau gambar produk, kebanyakan pembeli tidak banyak bertanya. Mereka akan mudah menghulurkan duit mereka. Hahaaa(mase ambil untung la).
Apabila pekerja wan dibiarkan memakai pakaian mengikut sesuka hati mereka, pelanggan didapati agak berkurangan atau lebih banyak bakal pelanggan bertanya sebelum membuat keputusan membeli. Ada kalangannya serba salah untuk bertanya, mungkin memikirkan “Mamat ni pekerja ke pembeli juga. Kan malu kalau bertanya kalau silap orang” haha.
Wan sendiri mempunyai seorang pekerja ala-ala rocker sedikit dengan pada kebiasannya memakai rantai dan aksesori biasa pada si rocker la. Kesannya, wan melihat beliau lebih banyak rileks dan hanya menunggu di meja bayaran!! Sebabnya, pembeli kelihatan takut dan tidak yakin untuk bertanya, mana tahu kalau tanya kena makan penumbuk. Hahaa.
Semenjak hari itu, wan mengarahkan pekerja wajib untuk terus memakai t-shirt dan membuang segala aksesori yang tidak perlu sebagai penjual.
Kesan ketara apabila pekerja wan memakai t-shirt adalah dari sudut jualan meningkat naik dan juga agak ramai juga yang bertanya untuk membeli t-shirt yang dipakai pekerja wan!! Lantas wan bilang sama mereka, “Ini t-Shit penjual kak, mana ada jual! Hahaa. Adakan sehingga pelanggan meminta pekerja wan menanggalkan bajunya semata-mata untuk membeli t-shirt tersebut walaupun bukan t-shirt yang kami jual! Pelik sungguh ragam manusia. Hahaaaa..
Ada kala dalam hati wan berfikir, lebih baik menjual diinternet, berkain pelekat pun boleh. Mungkin, psikologi bakal pelanggan akan lebih berminat membeli apabila melihat sendiri betapa penjualnya mungkin seorang terlatih dan professional. Apepun wan baru aje berjinak2 dgn internet ni, banyak lagi yg wan x tahu….rase2nye enkha lg pndi dlm bab internet bisnes….namun insyaallah wan akan cube bukak blog n web sendiri utk jual crocs di internet x lame lg walaupun plan sblm ni x menjadi…hahaaaa
Baiklah, itu sahaja tips hari ini. Wan akan menyambung tulisan wan dalam masa terdekat ini. Apepun pengalaman berniaga ni mmg best walaupn wan just dapat sikit je dr untung yg besar 2 (maklumlah just tlg my brother)… 😀
Sekian..,
wms @ wan
Penulis artikel ini, Wan Mohd Syahir bin Wan Sukri merupakan Pengurus Projeck untuk syarikat Mahligai Idaman.
mrhanafi BEST says
hu..hu..memag best kalau berniaga nie..
mrhanafi BEST recently posted…Peluang Terbaik Untuk Membina Kerjaya