Beberapa minggu kebelakangan ini saya asyik bermain dengan SEO. Apa yang menariknya saya bermain SEO secara manual dan kali ini misi SEO saya ialah untuk rankkan keyword bahasa Melayu dalam artikel bahasa English di Google Malaysia (google.com.my)
Daripada apa yang saya perhatikan, Google Malaysia memang memberikan keutamaan kepada website dari local (IP Malaysia) dan semestinya dalam Bahasa Melayu. Apabila di buat perbandingan carian antara Google.com dengan Google.com.my ternyata, blog berbasa Melayu dari alamat IP Malaysia rank tinggi di Google Malaysia.
Seperkara lagi yang menjadi faktor ialah backlink. Nampak gayanya, jika inginkan website atau page rank di Google Malaysia, sumber backlink mestilah kebanyakkannya daripada Malaysia.
Nampak gayanya Google memang serius nak memisahkan algorithm carian dan disesuaikan dengan geo lokasi pengguna.
Aidil says
pening kepala jika tak faham bab seo ni
Khirol Hazwan says
Sebab tu kena belajar, perlahan-perlahan pun tak apa 🙂
brohantu says
terima kasih atas info berguna ni.. saya baru tahu pasal ni
reezluv says
banyak gak faktor sebenarnya. blog aku server di US, ada je banyak post aku dapat first page..kualiti content tu kena bbetul jaga..:D