Post kali ini merupakan sedikit review tentang produk dropshipper yang Kha gunakan sekarang.Baru dua hari lepas,Kha telah terima barang yang Kha order daripada supplier dropshipper yang Kha gunakan untuk berjual di eBay.Barang tersebut merupakan sampel percuma yang Kha dapat setelah Kha subscribe akaun reseller.Jom tengok apa yang Kha dapat! :love:
Barang yang Kha pesan ialah mouse pad.Mouse pad itu dicustom made oleh Kha sendiri.Maknanya,Kha yang tentukan design apa pada mouse pad tersebut.Kha minat game Dota jadi Kha pun letaklah loading screen terbaru Dota pada mouse pad tersebut dan sedikit ubah suai menggunakan Photoshop.
Mouse Pad yang dipesan sampai dalam tempoh yang dropshipper janjikan.Harap-harap apa yang Kha pesan untuk pembeli barang Kha di eBay pun begitu.
Barang yang deterima dibungkus rapi di dalam bungkusan dan pada bahagian dalam mouse pad dibungkus sekali lagi dengan bag plastik.Cetakkan pada mouse pad pun memuaskan,cuma Kha letakkan terlalu tinggi contrast pada design,jadi hasilnya cetakan pada bahagian bawah mouse pad itu agak gelap.
Secara keseluruhannya,Kha boleh bagi 4 bintang daripada 5 pada servis dropshipper ini.Tetapi yang terbaek ialah menjual sendiri produk fizikal.Tentang supplier dropshipper yang Kha gunakan ini,anda bolehlah dapatkan ebook daripada Sifu-Lan.Jika anda rajin anda boleh mencari maklumat berkenaan dropshipper ini di forum seperti WC secara percuma.
Mungkin selepas ini Kha akan tulis secara terbuka apa dropshipper ini.Lagipun Sifu-Lan sendiri mengatakan bahawa,dropshipper ini tidak lagi dirahsiakan.
Selamat mencari ilmu dengan membaca!
Dah tak laku dah ebook sifu, sebab dah tak rahsia. heheh ๐
Cantik design mousepad tu.
hehe..laku tak laku lagi Sifu-Lan ja yang tahu..lagipun buku baru bakal keluar ๐ Design aku buat tu design last minute,hehe..
huhu.. sifu lan dah bg tau kat blog beliau pasal dropshipper ni. no more secret kata org jawa. hehehe ๐
Betul2..hehe..kalau diperhatiakn dah mcam trend lah pula smua produk dari HK(produk AN) penjualnya dari Malaysia tercinta..berlambak..
Kalau Sifu-Lan Bagi tau pun bukan semua yg boleh buat dan sukses.Banyak halangan dari Copyright..Vero, Paypal Hold Payment, Paypal limit akses.
Dalam forum, Sifu-Lan sendiri telah listkan barangan yang kena remove or vero semasa dan selepas berebay..Tidak lupa juga rakan-rakan yg lain turut memberi senarai blacklist item.
Edisi advance – ebay autopilot – dulu aku besa bikin dah..tapi ebay tak kasi dah. Sifu-Lan ada 1 cara lagi. Aku pun tahu memang boleh buat..tapi aku tak pakar sangat mcm Sifu-Lan dan Programmernya itu…hohohoho
Orang macam inilah yg kita patut berkawan dan bukannya membuat musuh, mencaci, menghina dan melemparkan pelbagai tomahan..
Sama-samalah menantikan ebook terbaru Sifu-Lan..teknik terbaru Sifu..huhu
saya dah guna autopilot tu. hehe
Tak beranilah guna Autopilot(x de panduan nk guna..hehe)