Pertama kali saya tahu pasal buat duit dari blog ialah 2 tahun yang lepas,lebih awal daripada saya tahu peluang Bisnes eBay. Sepatutnya, sekarang Kha sudah mampu untuk buat duit dengan blog! Namun begitu, sebaliknya yang berlaku. Tak pernah rasa lagi duit hasil berblog..
Namun begitu Kha rasa atas beberapa punca kenapa dan mengapa.
Pertama sekali,memang Kha menulis bukan kerana nak duit dari blog. Kha tahu memang payah untuk cari duit di blog. Sebab tu tak fokuskan sangat penulisan blog ke arah itu. Jadi Kha tulis dengan niat nak kongsikan ilmu sahaja. Jadi kebanyakan entri blog ni cakap pasal eBay sahaja. Kebanyakan yang ditulis, berdasarkan pengalaman dan ilmu yang Kha terima waktu itu.
Sebab kedua Kha tak pernah dapat duit ialah Kha jarang ada idea menulis. Idea menulis dan gaya penulisan Kha yang teruk tak seberapa ni,kadang-kadang buat malas nak tulis. Apatah lagi waktu tengah busy with lecture, assignment & project!
Sebab yang ketiga, Fail SEO..search engine optimization Kha agak fail. Setakat basic-basic tu boleh la..kalau tahap advance agak kurang. Maka kalau SEO dah fail, traffic visitor pun fail..
Sebab terakhir ialah duit eBay lebih masyuk! Sebab tu tak kisah blog ni boleh cari income atau tak..hehe.
So,seriously, saya tak pernah dapat duit dari Oh! Duit!
MDHAFiZ.NET says
macam x caya lah bro… tp setuju dgn kamu yg berblogging itu harus ada niat bukan semata2 untuk duit..duit dan duit… berkongsi ilmu Allah itu lebih baik…
Enkha says
Secara seriusnya saya tak pernah rasa se’sen’ pun duit blog..hehe.. that’s right, kongsi ilmu yang baik itu baik ..
sham says
betul, dengan berkongsi ilmu kita dapat lebih besar dari duit…. pahala
sham recently posted…Tsunami di Jepun
Mohd Isa says
ebay ada…bila nak ajar aku tah…:P
Mohd Isa recently posted…Jom Memeriahkan Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP 2011
Wan says
income aku dari blog amatlah ciput
setahun rm30
Wan recently posted…Jurufoto Yang Perlu Anda Kenali
titan says
hoho..ebay memang masyuk kalau kena pada tika dan masanya.
titan recently posted…Edisi Siasat – Buat Duit dengan Smowtion
soleh says
Letak iklan macam Adsense tu, baru boleh ada duit.
Enkha says
Adsense for blog bi,nuffnang/adverlets pun ok..Innity yg high level blogger tu boleh le
soleh says
Salaam, ada satu pengiklan macam Adsense iaitu adsniaga.com
soleh recently posted…Video on my Solar RC Car..Awesome !
Enkha says
ok..thanks for information 🙂
Faizal Fredley says
bro ada ym x?? nak tnya pasal ebay..add ym aku..onenine_fredley
Faizal Fredley recently posted…Azab Kubur Sangat Seksa, Diucapkan Selamat Berpuasa.
Enkha says
Add kat facebook kan senang..hehe Jarang buka YM since duk UniMAP majoriti guna Skype.
MaxMonic says
SEO tu sama je la macam Ebay best match konsep die. Cuma lain sket la.
Aku dulu blog BM memang x jalan earning.. buat blog BI baru la dapat USD 130 lebih sebulan..
Kalau ebay mesti celah gigi je kan nak dapat camtu..
MaxMonic recently posted…The best make money tester in Malaysia
Enkha says
Gempak gile dapat USD 130 sebulan dari blog..^^ Tapi eBay sehari pun boleh dapat sebnyak tu 🙂
MaxMonic says
Kalau dapat dropshipper bagus okeh la.. untung die memang berlipat ganda. Tapi nak cari dropshipper yg bagus tu susah. Dah la barang x de kat kita.. Aku pun dalam proses berEbay ni.. nk test market. Tapi kalau boleh nak jauh2 drpd AN.. servis die mcm x brp best.
MaxMonic recently posted…Web hosting Merdeka promotion
anjangman says
Pernah bisnes kat ebay, mmg duit masuk..guna dropship je. Tmp keja tak ade internet so terpaksa berenti biz online. Skrg nak berjinak2 dgn blog dan teringin nak merasa duit dari blog…nyam..nyam..nyam.. 🙂
anjangman recently posted…Cara menjaga bateri macbook
redlomo says
anda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx – http://www.clixadx.com
sensasi2020 says
Pelik bukan… blog oh duit tetapi tak pernah dapat duit melalui blog. Tak dapat tak apa, asalkan dapat melalui ebay. Masyuk….
sensasi2020 recently posted…Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Khirol Hazwan says
EBay tetap masyuk, lebih-lebih lagi tukaran wang yang tinggi sekarang..hehe
Khirol Hazwan recently posted…Advertorial Percuma
Belajar Saham says
Jangan berputus asa. Rezeki akan datang dengan usaha. 🙂
Belajar Saham recently posted…Pesanan Sifu Saya Semasa Saya Baru Belajar Saham!