• Station Jana Pendapatan Online Saya!

    Dah nama buat bisnes online,semestinya perlukan alatan untuk online.Kali ini KHA nak review sedikit tentang station bloging serta eBaying KHA. Pada tahun lepas KHA hanya menggunakan laptop-Acer Aspire 4520 tetapi hasil daripada pendapatan eBay KHA terus membeli PC pula. Lagipun buat masa sekarang laptop KHA masih rosak(malas nak baiki). Jom tengok PC baru KHA yang baru beli awal bulan Januari 2010!

    mypc thumb Station Jana Pendapatan Online Saya!

    KHA telah membina sendiri PC.Lebih puas hati sebab atas pilihan sendiri.

    Spesifikasi penuh ialah seperti berikut:

    Processor

    PHENOM-965-black edition

    PC baru KHA dikuasakan oleh processor AMD Phenom2 X4 965 Black Edition. Black Edition membawa maksud kelajuan processor yang tidak di lock. Secara defaultnya kelajuan ialah pada  3.4Ghz tetapi setelah dioverclock kelajuan boleh mencecah 4GHz ke atasX4 pula membawa makna 4 core processor! Lebih dari mencukupi untuk KHA buka applikasi Photoshop,Movie,atau Music,Game,Internet,tulis Blog sekaligus!

    Motherboard

    asusm4a785td-v  evo

    Papan induk yang KHA gunakan ialah ASUS M4A785TD-V EVO yang menyokong Chipset AMD 785. Papan induk ini mempunyai 4 slot memory dari siri DDR 3,serta mempunyai 2 slot PCI –Express 2.0 yang boleh menyokong 2 Graphic Card sekali gus sama ada dalam mode Crossfire atau SLI

    Memory

    Buat masa sekarang KHA hanya memasang 2GB DDR3 daripada Kingston KVR1333 DDR3. Budget untuk seterusnya ialah untuk upgrade memory sampai semua slot digunakan. Apa yang ada dalam fikiran KHA sekarang ialah 8GB DDR3!

    Monitor

    LG 21" monitor

    Skrin lebar(wide screen) membolehkan KHA membuka banyak aplikasi di desktop serentak kerana lebih luas. Apa yang KHA gunakan sekarang ialah monitor 21.5″ daripada LG. Cukup luas,tetapi plan seterusnya nak dapatkan skrin 24” Full HD..

    Storan

    Untuk masa sekarang KHA tidak tumpukan pada storan sangat. Bagi KHA 500GB pemacu keras daripda Western Digital masih mampu untuk tampung data-data KHA. next budget nak tambahkan lagi ruang storan ke 2TB!

    Optical Drive

    Samsung DVD Drive

    Ikutkan hati KHA malas nak beli DVD Drive kerana tidak digunakan sangat. Pemacu DVD daripada Samsung melengkapi binaan PC KHA

    Audio System

    Sonic gear headphone

    Sistem bunyi sangat penting untuk menghayati sesebuah movie atau ketika bermain game.Buat masa sekarang KHA hanya beli headphone kerana factor malas nak angkat balik speaker semasa balik kampung. Headset dari jenama Sonic Gear menjadi pilihan KHA.

    Keyboard & Mouse

    keyboard logitech

    Jika budget mencukupi KHA nak dapatkan set wireless untuk keyboard & mouse. Tak pening kepala KHA tengok mayar yang berserabut. Namun begitu sekarang KHA hanya guna papan kekunci & tetikus dari jenama Logitech.

    Power Supply Unit

    Cooler Master 700W silent pro

    Oleh kerana memikirkan untuk upgrade PC pada masa depan,PSU Cooler Master – Silent Pro-M 700W menjadi pilihan.Cukup berkuasa & senyap untuk PC KHA

    Casis

    Rupa bukan ukuran..KHA hanya mengunakna Casis daripada Cooler Master Elite yang transparent pada side kiri. So dapatlah tengok PC beroperasi dari luar

    Operation System

    Windows 7 Ultimate 64 Bit menjadi pelantar PC KHA.Operasi Sistem terbaru daripada Microsoft Windows.Ringan & berkuasa!

    Graphic Card

    hd 5870 1 thumb Station Jana Pendapatan Online Saya!

    Pada masa sekarang KHA hanya menggunakan On Board Graphic Card iaitu GPU daripada ATI RADEON HD 4200. Cukup berkuasa untuk main game yang sederhana spesifikasinya. Buat masa terdekat ini KHA rancang nak tambah kan Graphic Card ATI Radeon HD5870! Biar puas hati main game lepas ini.

    CSL Internet Modem

    Line internet Unimap selalu ada masalah & sememangnya firewall telah block banyak site.Jadi pilihan KHA ialah menggunakan servis Broadband daripada Celcom.

    Software Penting KHA

    CCleaner

    Clearkan Cookies & Cache.Penting untuk yang mempunyai multiple Account eBay.

    Windows Live Writer

    Aplikasi untuk KHA tulis Blog samada secara online tau offline!

    Googel Chrome

    Alternatif kepada Mozilla Firefox & Internet explorer.Pantas & ringan!

    Skype & YM

    Untuk berhubung dengan kawan-kawan keluarga & yang tersayang..

    Photoshop CS4

    Edit gambar before upload ke Facebook atau AN.

    Semua inilah yang KHA gunakan sebagai station jana pendapatan online KHA disamping berhibur .Sekian :-)

    Blog Widget by LinkWithin

    Related posts:

    1. Panduan Percuma Jomblog-Jana Pendapatan Melalui Blog!
    2. Jana Pendapatan Dengan Menulis Artikel!
    3. Jana Pendapatan Internet Melalui Clickbank
    4. Bisnes Online Baru di Malaysia?
    5. Jualan Pertama Saya di eBay!

    Tags: , , , , , , , , , ,

6 Comments


  1. sufian says:

    hebat jugak spec tu..dah lama idam spec pc cam ni, tapi ongkosnya belum ready lagi :)

    [Reply]

    enkha Reply:

    semua ini tercapai melalalui eBay :-)

    [Reply]

    JHafiz Reply:

    melalui ebay??? beli barang 2nd hand ke?

    [Reply]

    enkha Reply:

    Jual barangan 1st hand :-)

    [Reply]

  2. JHafiz says:

    oh… hasil dari jual barang di ebay eh?

    [Reply]

    enkha Reply:

    Yup..hasil eBay :)

    [Reply]

Leave a comment

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.