Internet sangat luas dan pelbagai punca atau lubuk boleh kita cuba untuk cari duit di internet. Berkembangnya internet juga muncul pelbagai kehendak di kalangan pengguna internet. Di mana ada permintaan di situ pasti boleh cari duit di internet. Konsep inilah yang cuba diterapkan oleh satu laman cari duit iaitu Fiverr.com!
The place for people to share things they’re willing to do for $5
Konsep Fiverr ialah sebagai pusat dimana orang akan offer service untuk USD5.
Pernahkah anda mendengar nama Ads4bucks? Jika anda pertama kali dengar anda bolehlah melawat laman web Ads4bucks. Apa agaknya pandangan pertama anda tentang laman web Ads4bucks? Anda boleh menjadi jutawan dengan Networking Bisnes Ads4bucks? Satu persoalan yang menjadi tanda tanya. Kita tidak akan tahu jawapannya jika kita tak tahu apa itu Ads4bucks. Jom selidik apa peluang bisnes yang anda boleh dapat melalui Ads4bucks.
Pernahkah anda dengar akan program affiliate? Promote sesuatu dan akan mendapat komisen daripada apa yang anda promote merupakan konsep affiliate. Apa yang Kha boleh kata tentang Ads4bucks ialah Affiliate! Ya..program affiliate. Anda promote Ads4bucks dan anda akan dapat duit!. Itulah yang anda boleh dapat melalui Ads4bucks. Hasil anda mempromosikan Ads4bucks!
Pernahkah anda mendengar Flippa? Pasti anda berasa hairan bagaimana boleh menjana pendapatan melalui Flippa. Secara ringkasnya,Flippa ialah portal web lelongan seperti eBay.com dan lain-lain. Cuba perkara yang membezakan ialah Flippa ialah laman untuk anda berjual beli laman-web. Untuk yang biasa membina laman web atau blog pasti tersenyum lebar. Hal ini kerana Flippa merupakan lubuk untuk anda berjual-beli website dengan peratus jualan yang tinggi. Tidak perlu terkejut jika dikatakan sesebuah laman web boleh dijual dengan harga beratus-ratus dollar,malah mencapai ribuan dollar!!
![]()
Baru-baru ini ayah & bapa saudara Kha telah memulakan project membina rumah burung layang-layang. Jadi Kha pun turut serta dengan membuat kaji selidik tentang poject keusahawanan ini. Menariknya,jika memang betul kena pada keadaan,hasil pendapatan boleh mencecah pendapatan RM40k sebulan!
Untuk usahawan internet jom kita jenguk-jenguk pula apa peluang keusahawanan offline yang menguntungkan ini.
Berikut ialah beberapa persolan biasa FAQ tentang Keusahawanan Burung Walet. Kha ambil source informasi ini dari internet & credit untuk penulis asal & sumber asal(maaf yer,Kha lupa ambil artikel ini dari mana..)
Burung walet atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga yang mampu terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. Ia tidak boleh mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek dan biasanya boleh didapati di gua-gua pinggir hutan, sawah, habitat yang berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. Burung ini mampu terbang dalam kegelapan melalui kaedah ‘eccholation’ dan membuat sarang menggunakan air liurnya.
Ya, ia merupakan satu peniagaan, pelaburan dan industri yang sah yang mendapat perhatian serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan Perhilitan, Jabatan Veterina (Haiwan), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Kesihatan. Pihak Jab Veterina juga ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit (GAHP) untuk dijadikan panduan dan asas kepada pengusaha.
Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20’ x 70’ x 2 tingkat adalah RM40-RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4.
Hai..mesti pelikkan sape la ni..tak pernah nampak pun kat web site ohduit.com ni,tiba2 je boleh post kat sini,,(tu kena tanya enKHA sendirila,kenapa dia bagi saya post kat web site dia ni..hehe)..
By the way,saya ucapkan ribuan terima kasih pada enKHA sebab beri peluang pada saya seorang newbie dalam dunia bisnes online ni untuk post kat web site ohduit.com ni..tq so much enkha..jasa mu kan kukenang hingga akhir hayat..hehe
ok,,memandangkan ni first post saya,,biar saya terang sebar sedikit tentang diri saya..
Tahukah anda bahawa dengan menggunakan template yang dipenuhi dengan graphic serta kemas aturannya akan membuatkan jualan anda di eBay nampak professional! Malah kebarangkalian anda untuk mendapat pelanggan akan lebih tinggi! Oleh itu Kha telah kumpulkan source template eBay daripada internet yang anda boleh guna secara percuma!
Kemajuan dalam teknologi memungkinkan migrasi serta perubahan corak melakukan bisnes. Dulu-dulu bisnes susah berkembang sebab di terhadkan oleh faktor-faktor demografi & geografi. Namun begitu kini dengan dunia tanpa sempadan bisnes Internet semakin mudah untuk dikembangkan. Oleh itu kali ini KHA nak review salah satu contoh bisnes online iaitu ChumBilaBila.com-Give A Gift!
Minggu ini KHA berasa sangat gembira.Hal ini kerana dua perkara,pertama duit PayPal dah boleh withdrawal ke Akaun Bank Malaysia & yang kedua,duit hasil eBay dapat KHA keluarkan!
Mungkin apa yang KHA dapat ni hanya 1% daripada hasil-hasil sifu-sifu eBay,tetapi syukurlah sebab KHA bukannya orang yang bekerja atau yang sudah berkeluarga.Hanya pelajar universiti biasa yang masih lagi hingusan..hahaha~~
Adakah anda sudah mempunyai blog anda sendiri?Semakin hari medium serta pendedahan mengenai blog semakin mendapat perhatian orang ramai.Dalam pada itu,sedarkah anda bahawa melalui arena blog anda mampu untuk menjana pendapatan di internet!Betul!Perkara ini merupakan kenyataan dan bukannya tipu fantasi serta penipuan atau scam.Sudah ramai yang berjaya memperoleh pendapatan lumayan daripada blog mereka.Oleh itu,Kha cuba menulis satu panduan ringkas mengenai menjana pendapatan melalui blog.Dan hasilnya ialah panduan Jomblog Percuma ini!
Post kali ini merupakan apa yang Kha ingin suarakan kepada pelawat & pembaca OhDuit.Tentu ramai yang tak tahu apakah niche sebenar blog ini.Pertama sekali,mari kita ‘bongkar’ apa yang ada dengan nama domain OhDuit itu sendiri.Baiklah untuk secara ringkasnya,kita tengok warna pada perkataan tersebut.Abjad UI diwarnakan warna merah jambu dan yang lain berwarna biru.Sebenarnya UI untuk membawa makna Usahawan Internet.Penuh tersurat dan tersirat.Hehe Read the rest of this entry »
Copyright © Viva-licious 2009. All Rights Reserved.
Oh! Pengkritik Terbaru