Anda sebagai penjual akan mendapat 5 Star DSR untuk Shipping and Handling Charges secara automatik jika menawarkan penghantaran percuma. Polisi ini telah pun bermula sejak 24 Ogos yang lepas! Berita ini mungkin akan mengubah strategi jualan anda dengan menawarkan free shipping disamping kelebihan lain seperti Best Match dan sebagainya.
Beberapa perkara yang anda harus patuhi sebelum mendapat 5 Bintang DSR ini. Syarat-syaratnya ialah:
Pendapat Kha tentang perkara ini ialah, berbaloi free shipping untuk barangan murah. Tetapi jika barangan mahal pasti anda berasa kerugian kerana fee yang dikenakan eBay agak mahal. Perlu ingat FVF ialah berdasarkan harga jualan tak termasuk kos penghantaran!
Maklumat lanjut anda bolehlah melayari link berikut
http://ebayinkblog.com/2010/08/26/new-automatic-5-star-dsr-for-free-shipping-ebaynews/
Sekian dulu
Begitu lama dah dah tak menulis sesuatu di blog ini. Bagaimana agaknya cerita rakan-rakan eBayer sekalian? Harap-harap masih lagi teruskan perjuangan di eBay dan lebih mantap dari sebelum ini. Sebelum itu Kha nak ucapkan selamat berpuasa dan tak lama lagi nak beraya Aidilfitri. Tak sabar rasanya nak balik beraya kan?
Oh! Segalanya menjadi perlahan sebenarnya berkaitan dengan beberapa perkara yang penting. Perkara yang patut diperlahankan dan perkara yang tak patut diperlahankan!

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan untuk belajar dan mendalami ilmu eBay. Salah satu cara ialah belajar secara terus daripada pihak eBay itu sendiri. Perkara yang menariknya ialah anda belajar secara ‘live’ dengan pihak eBay. Malah anda boleh bertanya terus dengan pihak eBay tentang persoalan anda berdasarkan topik yang ditawarkan. Jika segan bertanya secara lisan anda boleh taipkan diruangan chat & soalan anda akan dijawab oleh pihak eBay. Semua ini dapat anda buat dengan menyertai sesi webinar percuma eBay!
Mempunyai akaun Terapeak merupakan satu kelebihan kepada seller eBay. Kajian lengkap dapat dibuat dengan adanya akaun Terapeak. Namun begitu,bukan semua yang mampu untuk memiliki akaun Terapeak kerana harganya yang mahal. Harga Terapeak yang lengkap ialah dalam lingkungan RM150+ sebulan. Pasti ini merupakan beban untuk newbie eBay & yang baru memulakan bisnes eBay. Jika anda dapat menggunakan fungsi penuh Terapeak dengan PERCUMA mahukah anda tahu caranya? Sifu-Lan telah bocorkan rahsianya untuk mendapatkan akaun Terapeak secara percuma!
Anda masih tercari-cari panduan eBay yang betul-betul berkualiti? Sifu yang memulakan thread Usahawan eBay Berhingus di forum WangCyber iaitu Yusry Jomseminar atau Mansurbiz telah publishkan DVD panduan eBay beliau. Siapa yang nak start biznes eBay dan yang masih nak belajar eBay walaupun dah start bisnes eBay,silalah dapatkan DVD tersebut! Rugi kalau lambat-lambat!
Read the rest of this entry »
Jika anda masih lagi pengguna tegar AN pasti suatu hari nanti anda akan bernasib baik untuk menggunakan TT Payment/Bank Transfer/Wire Transfer. Pasti apabila pertama kali mendengar anda berasa tentu sukar untuk melakukan perkara tersebut bukan? Sebenarnya perkara ini mudah sahaja. Apatah lagi jika anda mempunyai aplikasi Online Banking seperti Maybank2u atau PBeBank.
Kali ini Kha kongsikan sedikit tutorial atau panduan awal untuk dijadikan panduan jika anda ingin membuat TT Transfer.
Copyright © Viva-licious 2009. All Rights Reserved.
Oh! Pengkritik Terbaru