Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia buat pembaca Oh Duit!! Sempena cuti semester,KHA telah cuba mengisi kekosongan masa KHA dengan menulis sebuah ebook ringkas.Ebook ringkas yang KHA tulis ini diberi nama Panduan Ringkas eBay Best Match. Tanpa banyak bicara jom download,baca, & jangan lupa berikan feedback ok..:-)
“Selamat Membaca & Maju Jaya Dalam Bisnes!!”
Entri kali ini merupakan kesinambungan daripada post minggu lepas.Kali ini kita akan beralih kepada teknik yang seterusnya.Jika sebelum ini Kha berbicara mengenai Title jualan,kali ini mari kita maju setapak lagi kepada aspek foto atau gambar barang jualan.Ada pepatah mengatakan bahawa satu gambar memberi berjuta tafsiran.Apa yang pasti pepatah ini betul kerana gambar foto yang efektif adalah salah satu teknik jualan eBay yang paling berkesan.


Post kali ini Kha akan buat sambungan dari satu minggu ke minggu yang seterusnya.Maknanya ada tiru sedikit idea drama-drama di tV,ada episod-episod.Kali ini Kha akan berkongsi tip serta teknik untuk menjadi penjual ebay yang effectif.Semua penjual di ebay akan asyik bertanyakan persolan yang sama iaitu “Bagaimana untuk menjadi lebih berjaya di eBay?” atau “Bagaimana saya boleh menjual lebih banyak barangan tanpa membazirkan terlalu banyak masa terhadap penyenaraian barangan dan menutup jualan?“.Jika anda merupakan antara orang yang bertanyakan persoalan yang sama semoleknya bacalah sedikit panduan ringkas yang Kha sediakan ini.
Oh! Pengkritik Terbaru