Post kali ini Kha akan buat sambungan dari satu minggu ke minggu yang seterusnya.Maknanya ada tiru sedikit idea drama-drama di tV,ada episod-episod.Kali ini Kha akan berkongsi tip serta teknik untuk menjadi penjual ebay yang effectif.
Semua penjual di ebay akan asyik bertanyakan persolan yang sama iaitu “Bagaimana untuk menjadi lebih berjaya di eBay?” atau “Bagaimana saya boleh menjual lebih banyak barangan tanpa membazirkan terlalu banyak masa terhadap penyenaraian barangan dan menutup jualan?”
Jika anda merupakan antara orang yang bertanyakan persoalan yang sama semoleknya bacalah sedikit panduan ringkas yang Kha sediakan ini.
Untuk isu pengenalan Kha akan menyenaraikan secara ringkas teknik-teknik yang Kha akan utarakan.Teknik yang ada merupakan teknik yang Kha pilih dan berasal daripada pelbagai sumber ebook dan Google.Jika terasa macam pernah baca anggaplah ini sebagai menambah lagi ilmu di dada anda.
Kha akan cuba tulis setiap bahagian & teknik-teknik secara mingguan..(InsyaAllah..)
- Tajuk barang jualan yang efektif
- Gambar yang efektif
- Description barangan jualan yang jelas & tepat
- Tool si penjual
- Kedai eBay
- PayPal
- Lain-lain teknik.
Teknik minggu ini: Tajuk Barang Jualan Yang Efektif
+ 55 Abjad
Gunakan kesemua jumlah abjad yang disediakan untuk menulis tajuk jualan anda.Sebaiknya gunakan perkataan seperti NEW,HOT,dan sebaginya yang mampu menarik perhatian pembeli.
+ Kata Kunci
Kebanyakkan pembeli membeli melalui Kotak Carian pada laman utama eBay.Jadi cuba senaraikan dan gunakan tajuk jualan barang anda menggunakan kata kunci yang pembeli akan beli.Contohnya anda menjual Pad Tetikus,cuba masukkan kata Kunci seperti “Mouse Pad” atau lebih spesifik “Transfomer Mouse Pad” atau kombinasi lain yang menggambarkan barang jualan seperti tambahkan perkataan “New”, “Large” dan sebagainya.Cara paling mudah nak tahu kata kunci yang baik,anggap diri anda sebagai pembeli & cuba buat kajian carian dahulu.
Selain itu anda boleh menggunakan tool yang ada pada eBay Shops Traffic Report untuk mengetahui apakah kata kunci yang pembeli guna untuk paparkan “listing” produk anda.Elakkan menggunakan tajuk melalui kata kunci yang tidak relevan dengan produk.Perkara ini boleh membawa kepada isu spamming dan akaun anda mungkin di”suspension” oleh eBAy.Bacaan selanjutnya tentang polisi kata kunci.
+ Grammar dan Ejaan
Kebanyakan tajuk jualan ditulis dalam bahasa English.Jadi elakkan tersalah ejaan.Padah tersalah ejaan adalah bakal menyebabkan barangan anda tidak keluar pada hasil carian pembeli(Kata kunci salah eja).Selain itu gunakan kata pangkal perkataan sperti “Large” dan bukannya “Larger”.
+ Gunakan Fungsi Subtitle(Jika bersesuaian)
Berikan pembeli maklumat tambahan apabila mereka melihat produk anda.Apa yang telah tertulis pada tajuk jualanmungkin tidak menraik minat mereka tetapi apa yang ada pada subtitle mungkin dapat.Contohnya anda dapat letakkan usia barangan,sumber asal,atau promosi pada bahagian subtitle.Bacaan selanjutnya di bahagian subtitle.
+ Sertakan Maklumat lebih specifik
Masukkan maklumat barang dengan lebih terperinci.Contohnya apabila anda menjual laptop,masukkan sekali model,kelajuan pemacu,memory,assecories dan warna.
+ Pelbagaikan Kata Kunci
Jika anda membuat penyenaraian berganda untuk barang yang sama,cuba gunakan sinonim dan kata kunci yang berbeza.Contohnya penggunaan perkataan “notebook” selain daripada “laptop”.Selain itu cuba buat experimentasi dengan perkataan yang mudah disalah eja.
Kha harap info ini akan mendapat manfaat untuk kita semua.Sekian dulu
sufian says
teknik yg bagus..cuma subtitle tu kena charge $0.50, kena pastikan jualan boleh cover caj.. thanks
enkha says
haha..betul-betul..tetapi pendapat Kha kalau yakin item akan terjual,serta dah ambil kira untung rugi jualan,subtitle memang ada kelebihannya tersendiri..