Entri kali ini merupakan kesinambungan daripada post minggu lepas.Kali ini kita akan beralih kepada teknik yang seterusnya.Jika sebelum ini Kha berbicara mengenai Title jualan,kali ini mari kita maju setapak lagi kepada aspek foto atau gambar barang jualan.Ada pepatah mengatakan bahawa satu gambar memberi berjuta tafsiran.Apa yang pasti pepatah ini betul kerana gambar foto yang efektif adalah salah satu teknik jualan eBay yang paling berkesan.

- Teknik Jualan eBay Minggu 2
Ketahuilah fakta bahawa pembeli kebanyakannya tidak akan membeli barang yang tiada gambar!Baiklah biar Kha bongkar apa yang kita perlu buat dengan gambar foto produk.Anggapan di sini ialah anda sebagai pembaca tengah bersemangat nak mulakan listing barang pertama anda.
1.Gambar Yang Jelas
Jika anda menjual produk fizikal anda sendiri,pastikan gambar yang diambil adalah jelas dengan latar belakang gambar yang kosong ,serta pencahayaan yang baik.Sebaiknya dapatkan khidmat jurugambar yang professional.Jika anda mampu mengambil sendiri gambar produk,sebaiknya gambar yang diambil adalah dalam jarak yang dekat,sudut yang menarik dan cuba gunakan sekurang-kurangnya dua sumber pencahayaan supaya gambar dapat diambil dengan lebih teliti.Untuk yang pakar menggunakan Photoshop,anda bolehlah melakukan sedikit final touce.Jika gambar dah gempak sukarlah pembeli tak nak bida(mesti bida).
2.Maxsimakan Opsyen Listing
Untuk memastikan pembeli melihat gambar produk anda terlebih dahulu,gunakn fungsi Foto at Top of Listing .Pilihan ini ada pada option semasa membuat listing barang dengan menggunakan borang SYI(Sell Your Item).Selain itu maksimakan penggunaan Gallery Feature.Hal ini untuk menggalakkan pembeli klik pada listing anda pada search results pages.Servis Gallery dari eBay ini semuanya memerlukan modal(berbayar),tetapi berbaloi jika anda betul-betul serius dengan eBay.
3.Pelbagai Gambar Pelbagai Sudut
Perlu ingat bahawa pembeli bukannya mmengharapkan gambar dari satu sudut sahaja.Jadi cuba letakkan gambar dengan lebih detail supaya pembeli lebih berminat.Jika barang yang dijual mempunyai kecacatan jangan sembunyikan bahagian itu daripada pembeli.Masukkan sekali gambar tag,label, atau kotak jika rasa diperlukan.
4.Gunakan Gambar Sendiri
Menciplak gambar(tanpa kebenaran) daripada penjual eBay yang lain atau pembekal atau mana-mana gambar yang ada hak cipta ©®™ serta Trade Mark janganlah cuba-cuba nak buat.Jika terkesan oleh eBay,akaun anda mugkin akan sisuspen oleh eBay atau lebih teruk lagi dibarr.Hati-hati buat yang selalu Google gambar atau yang ambil dari site Deviant Art .Bacaan lanjut.
5.Uruskan Saiz Gambar
Jika anda hosting gambar sendiri,fail gambar itu sebaiknya di bawah 50kB(kilobyte) untuk mempercepatkan masa laman dibuka.Jangan ingat semua pengguna eBay menggunakan internet jalur lebar yang laju.Jika gambar tak muncul-muncul,akhirnya pembeli tekan butang Back dan anda kerugian!
Nampaknya sampai disini sahaja entri untuk kali ini.Jika ada apa-apa komen atau pertanyaan silalah,jangan malu-malu,jangan segan-segan tulis di ruangan komen.Bersambung untuk entri seterusnya..
Related posts:





