Peperiksaan Separa Perubatan hari ini dijalankan secara online. Amat berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, kini peperiksaan Separa Perubatan dijalankan secara online. Soalan peperiksaan Separa Perubatan yang bakal ditanya sudah pasti berkisar tentang bidang Separa Perubatan itu sendiri. Badan yang bertanggung jawab mengendalikan program Separa Perubatan pula ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Tips sukses peperiksaan Separa Perubatan bergantung kepada persediaan anda. Disebabkan peperiksaan ini diadakan oleh Kerajaan Malaysia, anda perlu membuat persediaan dengan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran Malaysia, Kementerian-kementerian, Suruhanjaya-suruhanjaya Malaysia, Jabatan-jabatan kerajaan dan Agensi-agensi kerajaan. Maklumat ini amat besar dan luas jika hendak dicari dan diingati dalam masa yang singkat.
Komponen peperiksaan Separa Perubatan
Dalam setiap peperiksaan yang diuruskan oleh SPA, ada komponen peperiksaan Separa Perubatan yang boleh dijadikan panduan untuk calon-calon peperiksaan Separa Perubatan membuat persiapan awal. Ia mengandungi 2 seksyen iaitu Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Kedua-dua seksyen perlu dijawab dengan betul dan menepati kriteria yang diperlukan oleh SPA. Anda yang terlibat dengan peperiksaan Separa Perubatan wajib lulus kedua-dua seksyen dan boleh hadir ke tapisan temuduga.
Seksyen Pengetahuan Am Separa Perubatan
Bidang Separa Perubatan diuruskan oleh KKM. Oleh itu anda harus tahu apa maklumat yang berkaitan dengan KKM seperti sejarah penubuhan, misi dan visi, piagam pelanggan, carta organisasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh KKM. Selain itu anda harus tahu beberapa perbezaan di antara hospital dan klinik. Ambil inisiatif untuk mencari maklumat mengenai rancangan-rancangan kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.
Istilah-istilah perubatan yang asas juga harus diambil kira. Anda mungkin tidak biasa dengannya tetapi ini adalah peluang yang terbaik untuk mengkaji bidang Separa Perubatan. Di antara istilah-istilah yang perlu diketahui ialah :
- Forensik – Pembedahan dan kajian mayat untuk memperolehi maklumat berkenaan punca kematian contohnya jenayah dan kes-kes lain
- Obstetrik dan Ginekologi – Perbidanan, sakit puan dan perkara berkaitan penyakit perempuan
- Onkologi klinikal – Penyakit kanser, terapi radiasi, terapi hormon dan kemoterapi
- Patologi kimia – Kajian dalam makmal berkenaan cecair badan
- Ortopedik – Penyakit dan pembedahan sendi dan tulang
- Pediatrik – Bidang khusus untuk penyakit kanak-kanak
- Histopatologi – Kajian tisu dan sel dalam makmal
- Oftalmologi – Penyakit dan pembedahan mata
- Nefrologi – Sakit ginjal atau buah pinggang
- Radiologi – Khas tentang penggunaan x-ray
- Gastroenterologi – Saluran pencernaan
- Dermatologi – Penyakit kulit
- Kardiologi – Jantung
Institusi-institusi penyelidikan di Malaysia yang menjalankan pengurusan dan penyelidikan dalam disiplin kesihatan am melibatkan penyakit berjangkit contohnya demam denggi, taun, malaria, mulut dan kuku dan lain-lain. Bidang ini menumpukan kepada langkah pencegahan dan rawatan kepada sesuatu penyakit yang melibatkan orang ramai.
Senarai institusi-institusi kesihatan di Malaysia
- Institut Kesihatan Umum (IKU)
- Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
- Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
- Kumpulan Perubatan Johor
Seksyen Ujian Psikometrik Separa Perubatan
Ujian Psikometrik turut diaplikasikan dalam bidang Separa Perubatan. Ia perlu dijawab semasa peperiksaan online Separa Perubatan, selepas calon-calon menjawab bahagian Pengetahuan Am. Ujian psikometrik ini akan digunakan untuk menapis calon-calon yang benar-benar berminat untuk menceburi bidang ini. Berdasarkan rekod yang lepas, dianggarkan 40,000 calon akan ditapis untuk memenuhi kekosongan yang kurang dari 2,000 tempat.
Ujian Psikometrik ini bakal menentukan ukuran minat dan kecenderungan calon untuk melayakkan diri masuk ke latihan Separa Perubatan. Perlu difahami bahawa bidang kerjaya ini memerlukan anda untuk bercampur, berurusan dan berkomunikasi dengan orang ramai dari pelbagai jenis pesakit dari berbeza usia. Sekiranya jawapan anda tidak cenderung kepada skop kerja sebagai anggota Separa Perubatan, berkemungkinan besar anda akan gagal dan dikeluarkan dari senarai calon untuk ujian temuduga.
Anda terpaksa menunggu setahun lagi untuk menduduki peperiksaan online Separa Perubatan. Bukankah itu satu kerugian? Jika lulus peperiksaan online tetapi gagal temuduga, anda akan dipanggil ke sesi temuduga sekali lagi. Jika awal-awal lagi sudah gagal peperiksaan, maka peluang anda untuk ditemuduga akan hilang begitu sahaja. Buatlah persediaan rapi supaya anda tidak akan menyesal nanti. Sekurang-kurangnya berusahalah supaya dapat dalam lulus peperiksaan online Separa Perubatan.
Kunci kejayaan peperiksaan online Separa Perubatan
Untuk menceburi bidang Separa Perubatan, perkara pertama yang harus dilakukan ialah mendaftar di laman rasmi SPA. Ada 3 bidang peringkat sijil dan 10 bidang peringkat diploma. Kemudian pastikan anda tersenarai sebagai calon-calon peperiksaan online Separa Perubatan. Bagi menghadapi peperiksaan tersebut, anda wajib mendapatkan ebook rujukan Separa Perubatan sebagai persediaan awal. Ia tidak mengandungi soalan bocor atau soalan ramalan dari mana-mana badan atau agensi kerajaan.
Ditulis oleh sekumpulan penulis kerjaya profesional, ia mengandungi nota berkaitan Separa Perubatan dan Ujian Psikometrik. Contoh soalan Separa Perubatan turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan nanti. Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.
Anda boleh mendapatkan laporan percuma berkaitan dengan nota Separa Perubatan dalam format PDF. Selain itu, anda akan diberikan tips-tips yang berkaitan dengan peperiksaan online Separa Perubatan dari masa ke semasa. Menurut rekod dari Google Trends, peperiksaan online Separa Perubatan akan diadakan pada bulan September. Kata kunci tentang carian Separa Perubatan amat tinggi pada bulan ini. Buatlah persediaan dari sekarang dengan mendapatkan nota percuma Separa Perubatan di bawah.
–>www.latihanseparaperubatan.com
peternak says
terima kasih, informasinya sangat membantu ….
peternak recently posted…Kelebihan dan kekurangan Inseminasi Buatan Sapi
Sync says
ramai yang mohon latihan separa perubatan, ada 40,000 calon.
Sync recently posted…Peperiksaan Online Penguasa Kastam
Sync says
keputusan temuduga Separa Perubatan dah keluar, tahniah kepada yang berjaya 🙂
Sync recently posted…Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41