Di Malaysa kini, ternyata semakin ramai ingin menjadi Usahawan Internet. Untuk menjadi Usahawan Internet pelbagai cabang ilmu perlu dipelajari. Salah satunya ialah ilmu SEO.Pada pendapat saya, para usahawan internet Malaysia perlu mendalami ilmu SEO dalam memantapkan kemahiran diri. Sebabnya ialah semakin hari, rakyat Malaysia semakin pandai menggunakan enjin carian teruatamanya Google.com dalam mencari maklumat.
Pertambahan carian menyebabkan halaman web anda bagaikan lubuk trafik jika berada di muka depan carian Google.com. Meletakkan halaman web anda di muka depan carian hanya munkin dengan adanya ilmu SEO. Malah anda akan mendapat bonus Targeted Trafik dan seterusnya berubah menjadi jualan atau keuntungan.
Bagaimana Usahawan Internet Malaysia Belajar SEO?
Tiada sumber ilmu yang datang dengan sendirinya. Anda perlu cari ilmu tersebut. Cara cepat ialah berguru dengan mentor melalui seminar-seminar yang diadakan atau anda boleh belajar sendiri melalui pembacaan.
Kini ada banyak sumber ilmu SEO yang anda boleh dapat tertamanya di Group Facebook. Tanya sahaja soalan, InsyaAllah akan ada yang tolong jawab atau terangkan.
Salah satu sumber ilmu SEO yang saya suka ialah di BlackHatWorld.com (BHW). Laman web ini ialah forum online dari luar negara. Pelbagai teknik SEO Putih, Grey atau Hitam dibincangkan. Anda boleh turut serta membaca dan boleh tanya soalan juga jika mendafaftar sebagai ahli.
Perlu ingat juga peraturan SEO sentiasa berubah. Sebab itulah Usahawan Internet Malaysia perlu sentiasa up-todate dengan ilmu SEO baru. Cara termudah ialah dengan membina networking atau mencari kawan-kawan yang mendalami SEO. Sebarang info atau ilmu baru akan mudah diperolehi melalui pekongsian info di laman media social Facebook terutamanya.
Facebook Comments